“Persetan.. Plan pertama kita gagal. Tak guna betul!!!” Nad membentak di meja makan yang terletak di sudut hujung kantin.
Lima ahli lain TBS berada dihadapannya dengan muka bengang kerana plan mereka tidak berjaya.
Tiba-tiba Syamimi mengangkat tangan dengan muka gembira ala-ala bercahaya gitu kerana idea yang sedang difikirkan olehnya seakan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dengan Sara.
Sheila dan ahli-ahli yang lain yang pada mulanya terkejut tetapi akhirnya turut sama mendengar rancangan Syamimi yang kedengaran jahat ala-ala nenek kebayan lagaknya.
“Aku setuju dengan cadangan Mimi. Aku sanggup turut serta dan membantu kau Mimi.” Faaz ataupun nama sebenarnya Afifah Azirah kelihatan bersungguh-sungguh.
Meskipun kata putus sudah dicapai namun mereka terpaksa menunggu sehingga minggu hadapan kerana barang yang mereka perlukan tidak dijual di koperasi sekolah dan mereka perlu keluar outing untuk pergi mendapatkan barang tersebut.
“Ok. Kita dah capai kata sepakat mengenai plan kedua, but I nak tegaskan supaya ahli-ahli TBS sentiasa berfikir cara-cara untuk mengenakan perempuan kampung tu. Go Go Go TBS.” Sheila menyampaikan amanat yang diselitkan dengan kata-kata semangat ditambah dengan gaya gedik ala-ala Niki Mainaj katanya.
Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membuat hidup si cantik manis Sara menderita.
Hari yang dinanti tiba, Mimi dan Faaz keluar outing bersama untuk membeli alatan untuk mengenakan Sara.
Destinasi mereka ialah kedai alat tulis yang terletak berdekatan dengan kawasan sekolah, kedua-duanya sanggup melepaskan peluang untuk bersuka ria di Mall hanya untuk melaksanakan sebahagian daripada rancangan jahat yang seakan-akan membinasakan hidup Sara sepenuhnya.
Pada mulanya mereka keberatan untuk tidak outing ke bandar malah mereka menyatakan bahawa semua perkara di dalam list tersebut boleh dapat dengan mudah di bandar
tempat mereka selalu berlibur tatkala minggu outing.
Namun dibantah keras oleh
Sheila.
“
No babe.... Nanti kalau ada orang lain nampak, kantoi la kita. Semuanya mesti
secure ok.” Sheila berkata sambil menggoyang-goyang kepalanya ala-ala manja
gitu.
Walaupun
kecewa namun Faaz dan Mimi sanggup berkorban demi melunaskan dendam yang
berbara-bara didalam hati ibarat sebuah lori tangki minyak yang terbabas dan
terbakar.
Pun boleh terbakar macam tu.
Mimi
berpeluh-peluh mencari jenama yang terbaik supaya hasilnya kelak sangat
berkesan dan tiada apa yang boleh menghapuskan kesannya baik fizikal ataupun
mental.
Dalam masa yang sama dia hairan kenapa Faaz tidak membalas sepatah pun
soalannya dan sama sekali tidak melayan perbualannya. Perlahan dia menoleh.
3
saat selepas itu, kepalanya memandang ke kiri dan kekanan hampir 9 kali namun
pada tolehan yang ke 8 setengah, dia melihat nun di hujung rak yang Faaz sedang
mengendap seseorang.
Perlahan-lahan
Mimi menghampiri dan mencuit bahu Faaz dan bertanya
“
Faaz! Kau tengok apa? Asal nak sembunyi-sembunyi sangat?” Tanya Mimi kehairanan melihat temannya itu seperti
detektif yang tidak bertauliah.
“
Syyhhhhhhh... diam lah wei..... Aku tengah tengok mamat hensem. Tak sangka yang
kat kedai ni ada mamat hensem level 99, awwwwwwwwwww, kalau aku tahu dah lama
aku outing kat sini. Hah , kau jangan nak potong line aku eah!!” Balas Faaz
yang membuatkan Mimi hendak sahaja membuat sepakan tonjol di tengkuk kawannya
itu, namun matanya turut melilau mencari jejaka yang dikatakan hensem oleh
Faaz.
Dan
ternyata kehenseman jejaka itu setaraf dengan Danny Radclife si penyihir hensem
dalam cerita magis di televisyen.
Serentak kedua-dua makhluk itu melompat-lompat
kegedikan sambil membuat beberapa aksi ketawa sambil menutup mulut.
Ala-ala
ratu gitu, OMG..... Telatah mereka dipandang sinis oleh seekor tebuan yang
kebetulan tersesat masuk kedalam Kedai Alat Tulis Seri.
“Cukup,
cukup.... Faaz kita ada misi penting, jangan biarkan mata kita dikaburi dengan
dunia Faaz! Kita harus melaksanakan amanah yang TBS beri pada kita
sebaik-baiknya. Segalanya terletak kepada keberjayaan kita hari ini.” Tiba-tiba
Mimi berlagak serius , tiada secalit senyuman melainkan ekspresi mendatar yang
dia tampilkan.
Suasana hening sekali.
“
Tak payah nak serius sangatlah Mimi, macam nak mintak penampar tau.” Faaz pula
berkata, sebenarnya dia cuba meredakan hatinya yang risau takut-takut kawan
baiknya itu telah tersampuk hantu atau penjaga pemadam atau stapler yang
tersusun di kiri kanan mereka.
Atau pun , si Mimi sedang buang tabiat,
menandakan masanya kian hampir ke penghujungnya.
Bermacam-macam lagi konklusi
yang timbul di atas kepalanya.
“Hahahahahaha,
awat buat muka cuak. Aku memain jer...” Balas Mimi yang sudah pasti
mengakibatkan hati Faaz tiba-tiba berasap sehingga boleh keluar daripada hidung
gamaknya.
Macam serombong keretapi zaman dulu-dulu, masa guna arang... Tooot,
toot , gedek, gedek, toot, toot, gedek, gedek. Macam tu ke bunyi keretapi arang
batu?
Bukalah You Tube dan carilah. Hahaha.....
“Hoi...
Sudu betul kau ni, meh aku kasi sedas dua! Jerit Faaz yang kini memulakan
larian pecut kearah Mimi dan menyebabkan mereka berkejar-kejaran sekeliling
rak-rak yang tersusun di situ.
“Errrr,
Cik berdua ni ok ke tak?” Tegur mamat hensem kedai alat tulis itu. Tanpa
menjawab, cepat-cepat mereka berdua mengambil barang yang ingin dibeli, membayar
dan menghilangkan diri daripada kedai itu.
Dalam
hati Faaz menyesali kerana tidak dapat berkenalan dengan mamat tersebut kerana
perasaan malu yang telah menebal sama taraf dengan kubu pertahanan perang.
Dengan berat hati dia melangkah pulang.
“Hai...
melepaslah lagi......” Keluh Faaz sambil melihat Mimi yang melenggang-lenggang
kegembiraan kerana telah berjaya melaksanakan misi mereka, tanpa sekelumit pun
perasaan malu.