Thursday, 5 June 2014

Bab 4 : SURAT (Sambungan) last

“Persetan.. Plan pertama kita gagal. Tak guna betul!!!” Nad membentak di meja makan yang terletak di sudut hujung kantin. 

Lima ahli lain TBS berada dihadapannya dengan muka bengang kerana plan mereka tidak berjaya.

Tiba-tiba Syamimi mengangkat tangan dengan muka gembira ala-ala bercahaya gitu kerana idea yang sedang difikirkan olehnya seakan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka dengan Sara.

Sheila dan ahli-ahli yang lain yang pada mulanya terkejut tetapi akhirnya turut sama mendengar rancangan Syamimi yang kedengaran jahat ala-ala nenek kebayan lagaknya.

“Aku setuju dengan cadangan Mimi. Aku sanggup turut serta dan membantu kau Mimi.” Faaz ataupun nama sebenarnya Afifah Azirah kelihatan bersungguh-sungguh.

Meskipun kata putus sudah dicapai namun mereka terpaksa menunggu sehingga minggu hadapan kerana barang yang mereka perlukan tidak dijual di koperasi sekolah dan mereka perlu keluar outing untuk pergi mendapatkan barang tersebut.

“Ok. Kita dah capai kata sepakat mengenai plan kedua, but I nak tegaskan supaya ahli-ahli TBS sentiasa berfikir cara-cara untuk mengenakan perempuan kampung tu. Go Go Go TBS.” Sheila menyampaikan amanat yang diselitkan dengan kata-kata semangat ditambah dengan gaya gedik ala-ala Niki Mainaj katanya.

 Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membuat hidup si cantik manis Sara menderita.

Hari yang dinanti tiba, Mimi dan Faaz keluar outing bersama untuk membeli alatan untuk mengenakan Sara.
 Destinasi mereka ialah kedai alat tulis yang terletak berdekatan dengan kawasan sekolah, kedua-duanya sanggup melepaskan peluang untuk bersuka ria di Mall hanya untuk melaksanakan sebahagian daripada rancangan jahat yang seakan-akan membinasakan hidup Sara sepenuhnya.
Pada mulanya mereka keberatan untuk tidak outing ke bandar malah mereka menyatakan bahawa semua perkara di dalam list tersebut boleh dapat dengan mudah di bandar tempat mereka selalu berlibur tatkala minggu outing.

 Namun dibantah keras oleh Sheila.

“ No babe.... Nanti kalau ada orang lain nampak, kantoi la kita. Semuanya mesti secure ok.” Sheila berkata sambil menggoyang-goyang kepalanya ala-ala manja gitu.

Walaupun kecewa namun Faaz dan Mimi sanggup berkorban demi melunaskan dendam yang berbara-bara didalam hati ibarat sebuah lori tangki minyak yang terbabas dan terbakar.

 Pun boleh terbakar macam tu.

Mimi berpeluh-peluh mencari jenama yang terbaik supaya hasilnya kelak sangat berkesan dan tiada apa yang boleh menghapuskan kesannya baik fizikal ataupun mental.

 Dalam masa yang sama dia hairan kenapa Faaz tidak membalas sepatah pun soalannya dan sama sekali tidak melayan perbualannya. Perlahan dia menoleh.

 3 saat selepas itu, kepalanya memandang ke kiri dan kekanan hampir 9 kali namun pada tolehan yang ke 8 setengah, dia melihat nun di hujung rak yang Faaz sedang mengendap seseorang.

Perlahan-lahan Mimi menghampiri dan mencuit bahu Faaz dan bertanya

“ Faaz! Kau tengok apa? Asal nak sembunyi-sembunyi sangat?”  Tanya Mimi kehairanan melihat temannya itu seperti detektif yang tidak bertauliah.

“ Syyhhhhhhh... diam lah wei..... Aku tengah tengok mamat hensem. Tak sangka yang kat kedai ni ada mamat hensem level 99, awwwwwwwwwww, kalau aku tahu dah lama aku outing kat sini. Hah , kau jangan nak potong line aku eah!!” Balas Faaz yang membuatkan Mimi hendak sahaja membuat sepakan tonjol di tengkuk kawannya itu, namun matanya turut melilau mencari jejaka yang dikatakan hensem oleh Faaz.

Dan ternyata kehenseman jejaka itu setaraf dengan Danny Radclife si penyihir hensem dalam cerita magis di televisyen.
Serentak kedua-dua makhluk itu melompat-lompat kegedikan sambil membuat beberapa aksi ketawa sambil menutup mulut.

 Ala-ala ratu gitu, OMG..... Telatah mereka dipandang sinis oleh seekor tebuan yang kebetulan tersesat masuk kedalam Kedai Alat Tulis Seri.

“Cukup, cukup.... Faaz kita ada misi penting, jangan biarkan mata kita dikaburi dengan dunia Faaz! Kita harus melaksanakan amanah yang TBS beri pada kita sebaik-baiknya. Segalanya terletak kepada keberjayaan kita hari ini.” Tiba-tiba Mimi berlagak serius , tiada secalit senyuman melainkan ekspresi mendatar yang dia tampilkan.

 Suasana hening sekali.

“ Tak payah nak serius sangatlah Mimi, macam nak mintak penampar tau.” Faaz pula berkata, sebenarnya dia cuba meredakan hatinya yang risau takut-takut kawan baiknya itu telah tersampuk hantu atau penjaga pemadam atau stapler yang tersusun di kiri kanan mereka. 
Atau pun , si Mimi sedang buang tabiat, menandakan masanya kian hampir ke penghujungnya.
 Bermacam-macam lagi konklusi yang timbul di atas kepalanya.

“Hahahahahaha, awat buat muka cuak. Aku memain jer...” Balas Mimi yang sudah pasti mengakibatkan hati Faaz tiba-tiba berasap sehingga boleh keluar daripada hidung gamaknya. 
Macam serombong keretapi zaman dulu-dulu, masa guna arang... Tooot, toot , gedek, gedek, toot, toot, gedek, gedek. Macam tu ke bunyi keretapi arang batu? 

Bukalah You Tube dan carilah. Hahaha.....

“Hoi... Sudu betul kau ni, meh aku kasi sedas dua! Jerit Faaz yang kini memulakan larian pecut kearah Mimi dan menyebabkan mereka berkejar-kejaran sekeliling rak-rak yang tersusun di situ.

“Errrr, Cik berdua ni ok ke tak?” Tegur mamat hensem kedai alat tulis itu. Tanpa menjawab, cepat-cepat mereka berdua mengambil barang yang ingin dibeli, membayar dan menghilangkan diri daripada kedai itu.

Dalam hati Faaz menyesali kerana tidak dapat berkenalan dengan mamat tersebut kerana perasaan malu yang telah menebal sama taraf dengan kubu pertahanan perang.
 Dengan berat hati dia melangkah pulang.


“Hai... melepaslah lagi......” Keluh Faaz sambil melihat Mimi yang melenggang-lenggang kegembiraan kerana telah berjaya melaksanakan misi mereka, tanpa sekelumit pun perasaan malu.

Tuesday, 20 May 2014

Bab 4 : SURAT (Sambungan)

Lain pula situasi yang berlaku kepada Sheila dan Nad, mereka tidak sabar melihat Sara dimalukan apabila pelajar-pelajar lain membaca apa yang mereka tampal dibelakang gadis kampung itu.

Namun riak muka mereka berubah apabila seorang pengawas junior datang ke arah Sara. Mereka berasa yang rancangan mereka bakal gagal dan sememangnya itu yang akan berlaku kerana Allah itu maha adil.

Sara menoleh kebelakang apabila dia berasa ada sentuhan kecil dibelakangnya apabila bajunya seakan-akan tertarik ke belakang. Apabila dia menoleh ,dia lihat seorang gadis kecil berbaju biru dengan sehelai kertas.

“Kakak, ada orang tampal ni kat belakang kakak. Tapi saya dah tolong tanggalkan kerana saya rasa kakak tidak perasan tentang kehadirannya.” Tutur gadis itu lembut sambil menghulurkan kertas yang pada mulanya berada dalam pegangannya.
 Sara menyambut kertas itu.

“Kakak, mahu saya laporkan pada cikgu?” Soal gadis itu lagi.

“Tidak mengapa, terima kasih kerana tolong kakak. Mungkin kawan-kawan kakak ingin bergurau.” Sara membalas sambil tersenyum dan perbualan mereka terhenti selepas pengawas muda itu berlalu pergi.

Nik dan Shafiq, masing-masing memerhatikan perbualan itu daripada jauh. Masing-masing juga berasa teruja untuk mengetahui isi kandungan kertas yang diterima Sara daripada pengawas muda itu. 
Mereka berdua juga berasa sungguh bahagia melihat Sara menguntumkan senyuman sebentar tadi. Nik dan Shafiq, masing-masing hanyut dalam imaginasi. 

Imaginasi ciptaan, dengan Sara sebagai watak utama.

Sheila dan Nad menyumpah-nyumpah pengawas tingkatan dua itu kerana mengagalkan rancangan mereka untuk memalukan Sara. 

Bertambah lagi perasaan benci mereka kepada Sara kerana gadis kampung itu sentiasa dibantu oleh orang yang berada disekelilingnya.


Saya perempuan kampung yang gatal!!!!!

Saya suka mencari lelaki untuk hiburan kerana
 cita-cita saya adalah pelayan lelaki kelas pertama.
Saya layan semua jenis, harap maklum!!!




Sara memandang helaian kertas yang diberikan oleh gadis pengawas tadi. Mujur dia yang terakhir dalam barisan kelasnya maka tiada siapa yang melihat apa yang ditulis pada kertas itu.
Sara terkejut melihat isi kandungan kertas tersebut yang terang-terang menghinanya.


Tiada apa yang mampu Sara ungkapkan apabila melihat bait-bait ayat yang ditulis menggunakan marker dan mampu dibaca biarpun seseorang itu rabun sekalipun.
 Dia tahu siapa yang punya angkara, perlahan-lahan dia memandang Sheila dan Nad yang berada selang tiga baris dihadapan.
 Sara tahu ini semua kerja kedua pelajar itu namun siapalah Sara untuk melawan mereka, kertas di tangannya itu dikeronyokkan dan disimpan dalam poket.

 Tanpa sesiapa sedari, setitik demi setitik air mata Sara jatuh membasahi tapak perhimpunan sekolah.

Wednesday, 7 May 2014

BAB 4 : Surat...

Pagi itu Shafiq membuka loker kelasnya seperti selalu dan seperti selalu pasti ada helaian surat jatuh melayang ke lantai, 
kebiasaannya Shafiq akan membuang kesemuanya namun apabila dia mengutip surat-surat yang bertaburan atas lantai.

 Sebaris ayat menggamit pandangannya dengan tulisan yang seakan-akan pernah dia lihat sebelum ini.

SURAT  UNTUK  K.U.

Setelah membuang surat-surat yang lain yang langsung tidak pernah menarik perhatiannya, Shafiq duduk di tempatnya dan membaca satu-satunya surat yang berjaya membuatnya duduk dan membaca dengan sepenuh perasaan, perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas itu dan membacanya.



Asslamualaikum dan salam perkenalan.

Saudara Shafiq yang dihormati,


Maafkan saya jika dengan hadirnya sehelai kertas ini diharapkan tidak menganggu hari-hari awak. Shafiq ,eloklah jika saya terus kepada tujuan saya menulis dalam ruangan ini dan kini sedang dibaca oleh awak.

Saya teringin mendekati dan mengenali awak dari dekat sejak pertama kali bertemu awak tempoh hari dan sejak pertama kali awak tegur saya. 
Saya merasai kebaikan awak dan saya menghormati awak.

Moga-moga jalinan persahabatan dapat kita wujudkan antara kita.



Terima kasih Shafiq :)

SARA


Shafiq mengeluh berat setelah membaca surat itu, bagaimana cara untuk menerangkan keadaan dirinya kepada Sara.
 Tidak mungkin dia dapat mengaburi semua orang dan merapati Sara.

“Maafkan Sara. Maafkan saya kerana membuat awak ternanti-nanti, saya tak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan semua ini.” Shafiq mengeluh sendirian dan surat daripada Sara tadi dia sisipkan dalam buku catatannya, dia sisipkan dalam buku catatannya dan tidak membuang surat itu

Istimewanya insan bernama Sara Dania Binti Muhammad Amir di hati Shafiq Afendi Bin Ahmad.

Shafiq melekapkan mukanya diatas meja memikirkan tentang apa kesudahan antara Sara dan dirinya, dia akui bahawa Sara sangat istimewa dan dia telah jatuh cinta pandangan pertama.
Sukar untuknya  melupakan cinta pertamanya ini.

“Shafiq. Shafiq. Kau ok  ke tidak?” kedengaran suara yang intonasinya jelas sekali cemas singgah ke ruang pendengaran Shafiq.
 Berat sekali dia ingin mendongak dan melihat kepada empunya suara tersebut kerana dia kenal benar dengan suara tersebut dan sudah pasti Shafiq tidak mahu Tiara melihat dia dalam keadaan kusut begitu.

“Aku ok lah Tiara. Jangan risau. Bagi aku lagi lima minit.” Shafiq membalas tetapi suaranya mendatar sahaja.

Tiara berasa sangat risau kerana selama ini Shafiq tidak pernah berkelakuan begitu. Ya dia sangat pasti kerana dia selalu memerhatikan Shafiq selama ini, pemerhati setia kerana dalam diam dia meminati Shafiq namun perasaan itu hanya dipendam.
 Bagi Tiara ,tidak mungkin Shafiq dapat menerima perempuan yang ganas sepertinya lebih-lebih lagi Shafiq yang tenang dan sangat penyabar itu begitu ramai peminat yang tertawan dengan kekacakannya.

Tiara melenyapkan kenangan lalunya dan berlalu daripada meja Shafiq dan berlalu ke tapak perhimpunan untuk persediaan bagi perhimpunan harian. 
Shafiq bangun, mengambil sapu tangan di poket belakang dan mengelap mukanya, sebelum satu tepukan keras singgah di belakangnya.

“Woi, Amar. Sakit kau tahu tak.” Shafiq yang sememangnya sudah kenal siapa punya angkara berpusing dan menumbuk perut Amar yang tidak sempat mengelak kerana refleks Shafiq yang pantas itu.

“Adoi, nasib baik aku ada six pack sebagai shield aku. Hahaha.” Amar melawak lagi dan diikuti dengan deraian tawa oleh Shafiq.

“Mulalah nak perasan tu. Aku tunjuk aku punya kejap lagi tengok siapa menang.” Shafiq membalas dan masing-masing kembali dengan deraian tawa.
 Usai dengan gurauan pagi itu,mereka berlalu ke tapak perhimpunan dan bersedia dengan tugas harian mereka.

Pagi itu Tiara yang menjadi pengerusi majlis dan kelihatan dari jauh Sheila dan Nad  berjalan ala-ala Tyra Bank biarpun mereka sudah lambat.
 Berbara hati Tiara dengan karenah dua orang pelajar yang sering kali menimbulkan masalah kepada sekolah.

“Pssstttt, Nad. Are you ready for our mission?” Sheila berbisik kepada Nad selepas mereka dapat melepasi pengawas yang ingin mencatit nama mereka kerana lewat ke perhimpunan dengan alasan pergi ke tandas.

“Yup.. I dah berlatih dua jam berturut-turut semalam sayang.” Nad membalas dengan nada yang cukup meyakinkan Sheila.
 Mereka berdua mara kehadapan dengan niat yang buruk dan sudah pastinya mereka ingin mengenakan Sara yang dimindanya kini hanya fokus kepada sang arjuna cinta.

Tiba-tiba Sara dilanggar keras dan terdorong kehadapan ,hampir jatuh namun nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mengawal posisi kakinya agar tidak tersilap langkah dan terjatuh.
 Apabila dia menoleh, dia terlihat Sheila dan Nad sedang memandangnya dengan penuh rasa amarah.

“Kau ni memang sengajakan, tak guna punya perempuan. Menyemak je kau ni.” Sheila bercakap dengan nada yang menjengkelkan.

“Tapi Sheila ,sayakan tengah beratur tadi.”Sara menjawab namun dipintas oleh Nad.
“Sudah la kau, menjawab pandai.Tak guna bercakap dengan perempuan kampung macam kau. Tepi sikit kitaorang nak lalu!” Nad menunjukkan belangnya dan menolak Sara ke tepi kemudian dia dan Sheila berlalu untuk berbaris di hadapan.

Sara hanya berdiam diri dia tahu dia tak mampu melawan Sheila dan Nad kerana mereka semua anak-anak orang berada dan sudah biasa dimanjakan maka tidak peliklah jika mereka berperangai sedemikian rupa.

Sara kembali menumpukan perhatian pada pentas perhimpunan. Tiara meminta semua pelajar dan guru berdiri dan bersedia untuk nyanyian lagu negeri dan Negaraku.
 Kini pandangan Sara beralih kepada Shafiq yang berdiri diatas pentas diapit oleh Amar dan Syakir.

“Sekolah.Sekolah sedia.” Shafiq mengungkapkan bait-bait arahan yang biasa dilakukan olehnya sejak awal tahun dahulu dan sememangnya warisan daripada Ketua-ketua Umum yang terdahulu.Sara memerhati dengan penuh perasaan, perasaan yang penuh dengan cinta. Cinta pada K.U


Nik memandang Sara. Dia lihat gadis itu sedang asyik memandang kehadapan dan sudah pasti dipenghujung pandangannya sudah pasti si Ketua Umum Sekolah, Shafiq.
 Nik mengetapkan bibirnya kerana geram,takut-takut segala impiannya tidak kesampaian kelak.
Dia tahu yang Sara menyukai Shafiq yang setahun lebih tua daripada usia mereka berdua daripada lirik pandangan mata gadis itu apabila melihat jejaka yang bergelar ketua umum itu.

BAB 3 :KEBENCIAN (sambungan) LAST

“Hai Sheila. Cuba teka khabar apa yang aku bawa?” Nad menyergah Sheila daripada belakang dengan muka yang gembira bagai dilamar putera kayangan lagaknya.

“Apa Nad? Kau ni tak habis-habis dengan kejutan kau.” Balas Sheila sambil lewa.

“Aku akan memperkenalkan our new members in TBS” dengan penuh keterujaan Nad menunjukkan kertas yang mengandungi nama pelajar-pelajar yang ingin menyertai Team Benci Sara.

Sheila menjerit-jerit keterujaan diikuti dengan Nad,mereka kemudiannya saling berpelukan antara satu sama lain.
 Sheila berasa sungguh gembira kerana keanggotaan mereka bertambah dan semestinya ramai juga yang tidak senang dengan kehadiran gadis yang bernama

 Sara Dania Binti Muhammad Amir. 
Gadis yang dianggap tidak sesuai untuk bersama-sama mereka apatah lagi untuk bersahabat dengan mereka.

Senarai ahli baru Team Benci Sara (TBS)

·       SITI SYAHIRAH BINTI JALIL- benci Sara kerana adik angkatnya sudah jarang ingin bercakap dan meminta bantuannya kerana dia sering meminta bantuan daripada Sara supaya dapat mendekati gadis cantik itu.

·       AFIFAH AZIRA BINTI AZMAN- benci Sara kerana teman lelakinya mengakhirkan hubungan mereka berdua selepas kantoi cuba memikat Sara sejak seminggu gadis itu mendaftar ke sekolah.

·       SYAMIMI BINTI AMRAN- benci Sara kerana perhatian cikgu-cikgu mula beralih kepada Sara yang dianggap serba boleh oleh mereka.

·       SUHAILIN  BINTI ROSLIN-benci Sara kerana gadis kampung itu dapat meraih jawatan naib pengerusi Bola Baling tanpa perlu bersusah payah sedangkan dia telah lama mengidamkan jawatan tersebut daripada kakak tingkatan 5.


Sheila berpuas hati dengan keterangan Nad yang kelihatan begitu teliti dalam mengambil data ahli terbaru mereka. Dalam ruang mata Sheila kini terbayangkan wajah Sara dalam keadaan derita selepas TBS melancarkan serangan demi serangan kelak.

“Kau rasakan pembalasan daripada kitaorang nanti perempuan kampung!!” Sheila berkata sambil mengepal penumbuk seerat-erat mungkin, dia merasakan bahawa detik untuk Sara menderita hampir tiba dan dia tidak sabar untuk menantinya. Dia sangat tidak sabar untuk menantinya.

Begitu juga bagi Nad, dia tidak sabar menantikan saat pembalasan dendamnya kepada Sara kerana padanya Sara cuba untuk merampas Nik daripadanya walaupun pada hakikatnya Nik tidak pernah sekali pun melayannya kerana rimas dengan perangai Nad yang bagai terlebih-lebih sukatan manjanya.

Oleh kerana Nik tidak melayannya, Nad menganggap Sara merupakan punca kepada semua permasalahan itu sedangkan dia tidak sedar akan kelemahan dirinya sendiri malah sanggup meletakkan semua kesalahan kepada Sara, si gadis desa yang tulus hatinya namun tidak mampu untuk membuatkan semua orang menyukai dirinya.


Semua ini kerana perasaan manusia yang begitu kompleks dan sukar untuk ditafsir. Rasa cemburu bagaikan wajib dan sudah menjadi lumrah bahawa akan ada yang menjadi mangsa kerana perasaan ini yang boleh mencetuskan persengketaan antara manusia dan mampu membuatkan manusia bertindak jauh daripada
 norma-norma kehidupan.

Thursday, 21 November 2013

BAB 3 :KEBENCIAN (sambungan)


“ Sheila, Sheila.... Dengarlah apa yang I nak cakap ni.

 Please......!!”

“Ish, U nak ape ni Nad? U tak nampak ke I tengah sibuk.”

 Jawab Sheila yang kelihatan bersungguh-sungguh melatih ahli pasukannya. Sebenarnya Sheila telah lama mengidamkan jawatan ketua pasukan sorak sekolah yang diperolehinya selepas membayar sejumlah wang kepada mantan ketua pasukan sorak yang kini sedang berada di tingkatan 5.

 Setelah mendapat jawatan tersebut Sheila membuat rombakan besar dalam organisasi itu dengan mereformasi semua gaya sorakan yang dianggapnya kuno dan yang paling jelas dia mengubah nama kumpulan sorak sekolah itu kepada
 The Fairy Baby.


“The Fairy Baby!!! Wow meletuplah sangat......”

Terdengar beberapa suara mempersoalkan pertukaran nama kumpulan sorak sekolah itu.

“Sheila ... Ni pasal budak kampung yang ... eiiii, sakitnya hati I tau.”

 Nad atau nama sebenarnya Nur Nadhirah Amelia cuba mengadu sambil berlakon dengan gaya yang terlebih-lebih ibarat pelakon handalan lagaknya.

“What....... Perempuan tak guna tu.. Hei, cuba U cerita kat I ape dia buat kat U sayang” Sheila dengan suara nyaringnya menyebabkan satu Dewan Utama seakan bergegar seketika.

 Serta merta dia mendekati Nad yang kini terjelepok atas lantai bagai tiada lagi semangat untuk hidup.

“Cuba U cerita kat I ,Nad. Apa yang perempuan tu buat kat U?” Sheila memujuk Nad supaya menceritakan perkara sebenar sebelum dia sendiri yang memintas Nad yang baru hendak bercerita tentang peristiwa yang dilihatnya.

“Ops.... I’m sorry. Ok guys, You all boleh balik sekarang,latihan batal.” Sheila mengeluarkan arahannya dan kembali menumpukan perhatian kepada Nad yang masih cuba menghayati watak agar penceritaannya kepada Sheila kelak akan nampak bernyawa. 

Kelihatan beberapa ahli pasukan sorak tidak berpuas hati dengan sikap Sheila yang lebih mengutamakan hal peribadi daripada urusan rasmi.

“Ok, sekarang U dengar apa I nak cakap eah Sheila. Tadi I nampak perempuan kampung tu dengan Nik. OMG, entah apa yang perempuan tu jampi sampai Nik bagi dia coklat Cadbury..huhuhuhu.benci tau macam ni,sudahlah Nik tu handsome, cool , muscle sana muscle sini. Sakitnya hati I ni” Nad meluahkan semua isi hatinya kepada Sheila yang kini membayangkan paras wajah Nik dalam ruang imaginasinya.

“Eermmmmmmm. Memang handsome mamat tu” Sheila berkata dalam hati sambil tersengih.

“Sheila !!! U senyum apa? U dengar tak apa yang I cakap ni?” Nad agak jelik dengan perangai Sheila yang tidak memberi perhatian dengan segala apa yang dia perkatakan tadi.
 Tangannya pantas mencubit-cubit pinggang Sheila yang kononnya mula memberi fokus seratus peratus semata-mata ingin menjaga hati Nad.

“OMG sayang, perempuan tu dapat coklat. Sumpah dia dah melampau, memang semua jantan hot yang ada kat sekolah ni dia nak ambil. Daripada junior sampai senior kita semua asyik Sara.Sara.Sara.Sara. Tu tak termasuk cikgu-cikgu lagi. Sara itu Sara ini. Meluat I lah macam ni. Nad kita kena buat rancangan nak kenakan budak tu, kita pastikan tahun depan kita tak jumpa lagi perempuan kampung tu!” 
Sheila bercakap tanpa henti dengan sekali nafas menyebabkan dia termengah-mengah dihujung kata.

“Yes, I setuju dengan idea U Sheila , but how?” Nadhirah mempersoalkan idea Sheila.

“Hei. Ini Sheila lah,” Sheila membangga diri sebelum dia membisikkan sesuatu di telinga Nad. Panjang lebar dia berbisik di telinga Nad yang kadang-kadang terasa geli-geli di dalam telinganya. Di hujung bisikan Sheila mata Nad buntang manakala bibir Sheila tersenyum jahat.

Team Benci Sara??” Nad menjerit.
“Yes.. TBS ,team benci Sara.” Sheila mengiakan apa yang Nad cakap sebentar tadi dan kini raut wajah kedua-dua gadis yang berhati hitam itu tergambar kejahatan yang bakal menyebabkan hidup Sara kucar-kacir.

“Kita kena menambahkan keanggotaan kita secepat mungkin, kita akan pastikan perempuan tu terseksa.” Sheila menambah lagi.

“Kita akan pastikan perempuan tu terseksa..” Serentak kedua-duanya mengikrarkan lafaz janji yang pastinya menyakiti Sara.

Serentak daripada itu mereka ketawa sekuat-kuat hati bagai hilang pertimbangan, hilaian tawa mereka bergema segenap penjuru dewan utama sekolah, kedengaran sungguh menyeramkan, berterusan hampir lima minit 33 saat  lamanya.

“Sheila. Nad... Kenapa kamu semua gelak bagai hilang akal ni, dah gila ke? Hah, yang kamu Sheila mana semua ahli team The Fairy Baby awak? Penat saya datang petang-petang ni,tiada sorang pun yang turun.”

 Kedengaran suara yang nyaring dan semestinya menakutkan kerana dalam jangka masa tak sampai sesaat selepas suara itu kedengaran ,lenyap sudah gelak tawa mereka.

“Cikgu Suzanna?”


 Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut. Memang benar, di hadapan mereka berdirinya seorang wanita 30-an dengan kecantikan gadis berusia 20-an namun terlihat ketegasan tahap tertinggi pada wajahnya.

Sheila menggelabah tahap keramat kerana dia tahu tiada siapa dapat terlepas daripada Cikgu Suzanna garang itu,lebih-lebih lagi dia merupakan guru penasihat kumpulan sorak sekolah. 

Berpeluh-peluh dia apabila berhadapan dengan cikgu yang bertahun-tahun dinobatkan dengan Anugerah Cikgu Paling Tegas Sepanjang Tahun. Bukan calang-calang orang yang dia sedang hadapi ini, hatta murid yang belajar matematik tambahan dengannya tidak berani untuk membuat kerja sekolah dengan sambil lewa kerana takut akan bahana yang akan diterima kelak.

 Itulah aura Cikgu Suzanna Shafie.

“Cikgu, sebenarnya....” Sheila bersuara cuba mempertahankan diri sebelum Cikgu Suzanna memintas.

“Shut up.Saya tak nak dengar alasan daripada kamu Sheila. Nadhirah, buat pengumuman dan panggil semua ahli kumpulan sorak sekolah sekarang.” Arah cikgu yang kelihatan muda itu tegas.
Nad yang diam bagai tugu sejak tadi terus berlari untuk melaksanakan arahan cikgunya.

 Sheila pula semakin gementar dan Cuma mampu berharap supaya Cikgu Suzanna tidak melakukan perkara yang tidak-tidak kerana hukuman selalu dibuat oleh Cikgu Suzanna kadang-kadang tidak masuk akal dan lain daripada yang lain.

Selang beberapa minit selepas pengumuman dibuat, sebaris panjang ahli-ahli The Fairy Babe telah beratur di dewan utama sekolah. Masing-masing terperanjat kerana cikgu penasihat mereka sedang duduk memerhatikan mereka dengan muka bengang. Mereka lihat Sheila sedang membuat muka meminta simpati.

“Saya tak nak dengar sebarang alasan. Sekarang awak Sheila ketuai mereka semua berjalan itik bermula daripada dewan ini menuju ke padang ,pusing separuh padang bola dan naik balik ke sini. Saya akan perhatikan awak semua.” 
Arahan yang keluar daripada mulut cikgu matematik tambahan itu amat mengejutkan semua yang berada di dewan pada ketika itu.

“Tapi cikgu...” Sheila meminta simpati yang jelas bukan untuk kumpulannya tetapi dia memikirkan maruahnya sahaja.

“Awak nak saya suruh semua buat bunyi itik juga?” Cikgu Suzanna masih tidak mahu mengalah.
Akhirnya semua The Fairy Babe yang diketuai Sheila terpaksa berjalan itik mengikut laluan yang ditetapkan oleh Cikgu Suzanna. Semua pasukan bola sekolah yang pada mulanya terpinga-pinga akhirnya berpadu tenaga mentertawakan mereka.

 Shafiq yang sedang berlatih rugby menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan akhirnya tersenyum kerana dia tahu bahawa itu adalah angkara cikgu matematik tambahannya yang terkenal dengan hukuman yang pelik-pelik.


Nik yang baru melepaskan panah daripada busurnya turut meluangkan masa memerhatikan fenomena yang jarang-jarang berlaku itu, beberapa ahli pasukan memanah sekolah berhampirannya membuat bunyi itik sambil menjerit-jerit kerana lokasi latihan mereka agak jauh daripada padang bola tempat Sheila dan The Fairy Babe yang lain melaksanakan hukumannya.

Malam itu, malam yang derita buat semua ahli The Fairy Babe kerana menjadi bahan ketawa semua pelajar sekolah. 
Kini mereka digelar The Fairy Duckling oleh beberapa orang pelajar yang agak nakal di sekolah.Malang bagi mereka semua, asalnya gadis-gadis popular terpaksa menerima hinaan yang begitu berat untuk mereka terima, malam itu mereka semua berjalan dengan penuh berhemah dan sudah pasti akan berterusan seminggu lamanya selepas kaki mereka lenguh-lenguh akibat bahana jalan itik separuh pusingan padang sekolah.

Sheila terasa begitu malu sehingga ingin berselubung dalam selimut tujuh hari tujuh malam selepas peristiwa itu. Mana tidaknya dirinya menjadi perhatian selepas kejadian itu, bukan atas dasar kecantikannya tetapi masing-masing mahu mengenakannya kerana tragedi jalan itik yang turut mengakibatkan majoriti ahli-ahli The Fairy Babe memarahinya.

“Wah. Perhatian semua. Ketua The Fairy Duckling masuk ke dalam kelas sekarang, berikan tepukan!” Kata haziq salah seorang pelajar yang gila-gila perangainya di kelas 4 epsilon apabila Sheila memasuki kelas. Serentak daripada itu semua orang bertepuk tangan.

“ Woi.. Kau tak puas hati kenapa, nak gaduh ke?” Sheila menjerit untuk memberhentikan tindakan Haziq yang ternyata memalukannya. Tangannya mengepalkan penumbuk yang sudah pasti tidak mampu mengapa-apakan Haziq.

“Arghhhh, takut-takut..... Ada itik gergasi dah marah..” Haziq terus menyakitkan hati Sheila yang sudah merah-merah mukanya menahan marah sebelum dia  menghempaskan punggungnya di kerusi dan berpaling muka dengan sombong.

 Seisi kelas mengambil peluang menggelakkan Sheila dengan kuat namun tidak bagi Sara dan Nik.  Pada mereka tiada sebab untuk mereka ketawa yang pasti jika mereka lakukan akan menambah rasa malu kepada Sheila. Namun tidak semua dapat mengerti apa yang kita fikirkan dan Sheila telah tersalah faham dengan tindakan Sara pada ketika itu.

“Tak guna punya perempuan. Buat-buat cool pulak,celaka kau. Tunggulah balasan daripada aku.” Sheila berbisik kemarahan.

Tiga hari berlalu dan selama itu juga penghinaan kepada kumpulan gadis sorak popular itu tidak lagi berakhir tetapi berkurangan daripada hari pertama yang lalu. 

Sheila masih lagi bengang dengan kejadian jalan itik yang dia letak 100% kesalahan kepada Sara.


Namun kehadiran Nad membawa kegembiraan kepadanya.

*bersambung

Monday, 11 November 2013

Bab Tiga : KEBENCIAN


Hari-hari mendatang seakan kelam bagi Sara kerana hidupnya bagai diselubungi kebencian Sheila yang tak pernah padam kerana dirinya tidak lagi menjadi nombor satu dalam kelas 4 Epsilon,

 Jika dahulu dialah ratu namun kini dia bagaikan kutu,
 Jika dulu dia intan permata kini dia kaca di jalanan yang  melukakan. 

Saban hari Sara hanya memendamkan rasa hatinya dengan kerenah Sheila yang keterlaluan dan gadis cantik itu tidak pernah menceritakan episod luka kehidupannya di sekolah barunya kepada sesiapapun termasuklah ke Nek Minah kerana dia tidak mahu neneknya berasa sedih kerananya.

 Namun hati seorang tua yang telah menjaga kita sejak kecil dapat merasainya juga meskipun kita berselindung di sebalik apa pun.

“Sara ok di sana, kalau ada apa-apa masalah beritahu nenek. Jangan Sara simpan seorang diri!” Ayat pertama keluar daripada mulut Nek Minah ketika cucunya itu menelefonnya.

“Sara ok sahaja disini nenek. Sara happy sangat duduk kat sekolah ni..” Balas Sara cuba menyakinkan neneknya biarpun hakikatnya pada saat itu air matanya sudah mengalir membasahi pipi. 

Namun belum sempat mengalir ke pipi,tangan Sara cepat-cepat menyeka biar air mata itu hanya berhenti di situ, namun angkatan divisi kedua air matanya tak mampu lagi disekat, tersedu-sedu dia di telefon awam yang terletak agak tersorok disebalik rimbunan pokok berhampiran dengan tangga menuju ke padang.

Nik santai berjalan dengan busur panahnya menuju ke padang sekolah. Nik sememangnya sudah lama berkecimpung dalam sukan memanah sejak tingkatan satu lagi, dan dia merupakan pemanah harapan sekolah dan beberapa kali tercalon dalam skuad negeri bagi SUKMA. Matanya yang melilau-lilau tanpa sebarang fokus kini memusat padu kehadapan.

Ya.

 Dia terlihat Sara yang sedang menangis sambil menggunakan telefon. Nik berasa hairan kerana sudah sebulan sejak hari pertama mereka berjumpa namun dia tidak pernah melihat ekspresi sedih daripada raut wajah gadis yang sering dia pandang saban hari tanpa jemu dan semuanya kerana cinta dalam hati. 

Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri Sara yang masih menggunakan telefon ,setia mendengar amanat neneknya yang dikasihi.

Biarpun sudah hampir 3 meter jarak antara mereka namun Sara masih tidak menyedari kedatangan Nik di situ. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon dan mendekatkan dahinya ke telefon awam , terus menghabiskan sisa-sisa akhir tangisannya sambil otaknya memusingkan kembali apa yang telah disampaikan neneknya.

“Sara, Sara harus kuat sayang. Sara harapan nenek, Sara seorang yang nenek ada. Semua ini untuk kesenangan Sara pada masa depan,walau apa pun yang terjadi tetap kehadapan Sara jangan menoleh kembali kebelakang.” Kata Nek Minah sebentar tadi yang masih lagi yang masih terngiang-ngiang lagi di telinga Sara.

Nik yang kini berdiri dibelakang Sara berasa sayu melihat cinta hatinya menangis sendirian. Ingin sekali dia menegur Sara namun takut gadis manis itu akan terperanjat.

Lima minit berlalu dan setiap saat itu Sara gunakan untuk menjana kembali kekuatannya untuk menghadapi hari-hari mendatang dan selama itu juga Nik setia menanti dibelakang gadis itu.
Sara menoleh kebelakang pada saat Nik melangkah sedikit kehadapan, serentak pergerakan mereka sehingga semuanya menjadi sekata. Disaat mata Nik bertaut pada mata Sara, jejaka tampan berdarah kacukan cina-melayu itu terasa bagai ada arus mengalir keseluruh pancainderanya terutamanya jajahan jantungnya bagai mendapat lebihan cas lantas mengepam laju daripada kadar biasa.
Sara terdiam dan berfikir apakah rakan sekelasnya itu mendengar segala perbualannya dan menyaksikan bagaimana dia menangisi perjalanan hidupnya di sini?

Nik terdiam dan terfikir apakah anggapan rakan sekelasnya itu di saat dia menyedari kehadirannya tanpa diundang dan mendengar dan melihat tangisannya?

Masing-masing terdiam seribu bahasa menanti siapakah yang akan berbicara dahulu.

“Maafkan saya” Sara berkata dan cuba berlalu daripada situ sebelum Nik pula bersuara memanggil Sara dengan harapan gadis manis itu akan berhenti. 
Harapannya tidak tinggal mati apabila gadis itu berhenti namun gadis yang masih merah matanya itu hanya membisu.

“Sara, kalau awak ada apa-apa masalah. Saya sentiasa ada untuk mendengar masalah awak. Saya tak kan pernah dedahkan kepada sesiapa. Saya simpan kat perut saya ni.” Tutur Nik sambil menepuk-nepuk perutnya yang pejal lagi berotot itu.
Sara diam membisu. Perkataan yang lahir daripada mulut Nik membuktikan bahawa dia memang mendengar sedikit-sebanyak derita hati Sara melalui perbualannya di telefon sebentar tadi.

 Akhirnya Sara tersenyum melihat telatah lucu Nik yang mencuit hatinya.

“Terima kasih Nik, saya ok” Sara membalas dan sekali lagi dia berpaling dan berlalu dari situ.

“Sara , nanti sekejap” Nik sekali lagi memberhentikan Sara dan apabila Sara berpaling,dia lihat tangan jejaka itu berada di dalam poket seluar sukannya mencari akan sesuatu.

“Nah, untuk awak. It will help you, trust me.” Nik berkata sambil menghulurkan sebungkus coklat Cadbury kepada Sara.

Sara pada mulanya rasa ragu-ragu untuk menerima pemberian Nik namun melihat akan kesungguhannya, Sara akhirnya akur. 
Dia mengambil coklat itu, menghadiahkan senyuman yang Nik anggap paling manis sekali dan berlalu pergi.

Nik tersenyum sendirian mengenangkan memori yang baru tercipta dan tidak mungkin terhapus daripada kenangannya. 
Senyuman Sara Dania Binti Muhammad Amir sentiasa bertakhta di hati.


Namun, di sebalik kebahagiaan ada mata yang memandang penuh benci atas kejadian yang berlaku antara Sara dan Nik. Niatnya untuk turun berlatih bersama pasukan sekolah terbatal kerana peristiwa tak disangka.


Sara Dania Binti Muhammad Amir kini menjadi seterunya kerana jejaka yang bernama Nik Muhammad Amin Bin Mazlan. 

Si empunya mata itu bergegas mencari seseorang yang pasti akan bergabung tenaga untuk membalas dendam kepada Sara. 

Sara harus diberi pengajaran.

Bersambung...