Thursday, 21 November 2013

BAB 3 :KEBENCIAN (sambungan)


“ Sheila, Sheila.... Dengarlah apa yang I nak cakap ni.

 Please......!!”

“Ish, U nak ape ni Nad? U tak nampak ke I tengah sibuk.”

 Jawab Sheila yang kelihatan bersungguh-sungguh melatih ahli pasukannya. Sebenarnya Sheila telah lama mengidamkan jawatan ketua pasukan sorak sekolah yang diperolehinya selepas membayar sejumlah wang kepada mantan ketua pasukan sorak yang kini sedang berada di tingkatan 5.

 Setelah mendapat jawatan tersebut Sheila membuat rombakan besar dalam organisasi itu dengan mereformasi semua gaya sorakan yang dianggapnya kuno dan yang paling jelas dia mengubah nama kumpulan sorak sekolah itu kepada
 The Fairy Baby.


“The Fairy Baby!!! Wow meletuplah sangat......”

Terdengar beberapa suara mempersoalkan pertukaran nama kumpulan sorak sekolah itu.

“Sheila ... Ni pasal budak kampung yang ... eiiii, sakitnya hati I tau.”

 Nad atau nama sebenarnya Nur Nadhirah Amelia cuba mengadu sambil berlakon dengan gaya yang terlebih-lebih ibarat pelakon handalan lagaknya.

“What....... Perempuan tak guna tu.. Hei, cuba U cerita kat I ape dia buat kat U sayang” Sheila dengan suara nyaringnya menyebabkan satu Dewan Utama seakan bergegar seketika.

 Serta merta dia mendekati Nad yang kini terjelepok atas lantai bagai tiada lagi semangat untuk hidup.

“Cuba U cerita kat I ,Nad. Apa yang perempuan tu buat kat U?” Sheila memujuk Nad supaya menceritakan perkara sebenar sebelum dia sendiri yang memintas Nad yang baru hendak bercerita tentang peristiwa yang dilihatnya.

“Ops.... I’m sorry. Ok guys, You all boleh balik sekarang,latihan batal.” Sheila mengeluarkan arahannya dan kembali menumpukan perhatian kepada Nad yang masih cuba menghayati watak agar penceritaannya kepada Sheila kelak akan nampak bernyawa. 

Kelihatan beberapa ahli pasukan sorak tidak berpuas hati dengan sikap Sheila yang lebih mengutamakan hal peribadi daripada urusan rasmi.

“Ok, sekarang U dengar apa I nak cakap eah Sheila. Tadi I nampak perempuan kampung tu dengan Nik. OMG, entah apa yang perempuan tu jampi sampai Nik bagi dia coklat Cadbury..huhuhuhu.benci tau macam ni,sudahlah Nik tu handsome, cool , muscle sana muscle sini. Sakitnya hati I ni” Nad meluahkan semua isi hatinya kepada Sheila yang kini membayangkan paras wajah Nik dalam ruang imaginasinya.

“Eermmmmmmm. Memang handsome mamat tu” Sheila berkata dalam hati sambil tersengih.

“Sheila !!! U senyum apa? U dengar tak apa yang I cakap ni?” Nad agak jelik dengan perangai Sheila yang tidak memberi perhatian dengan segala apa yang dia perkatakan tadi.
 Tangannya pantas mencubit-cubit pinggang Sheila yang kononnya mula memberi fokus seratus peratus semata-mata ingin menjaga hati Nad.

“OMG sayang, perempuan tu dapat coklat. Sumpah dia dah melampau, memang semua jantan hot yang ada kat sekolah ni dia nak ambil. Daripada junior sampai senior kita semua asyik Sara.Sara.Sara.Sara. Tu tak termasuk cikgu-cikgu lagi. Sara itu Sara ini. Meluat I lah macam ni. Nad kita kena buat rancangan nak kenakan budak tu, kita pastikan tahun depan kita tak jumpa lagi perempuan kampung tu!” 
Sheila bercakap tanpa henti dengan sekali nafas menyebabkan dia termengah-mengah dihujung kata.

“Yes, I setuju dengan idea U Sheila , but how?” Nadhirah mempersoalkan idea Sheila.

“Hei. Ini Sheila lah,” Sheila membangga diri sebelum dia membisikkan sesuatu di telinga Nad. Panjang lebar dia berbisik di telinga Nad yang kadang-kadang terasa geli-geli di dalam telinganya. Di hujung bisikan Sheila mata Nad buntang manakala bibir Sheila tersenyum jahat.

Team Benci Sara??” Nad menjerit.
“Yes.. TBS ,team benci Sara.” Sheila mengiakan apa yang Nad cakap sebentar tadi dan kini raut wajah kedua-dua gadis yang berhati hitam itu tergambar kejahatan yang bakal menyebabkan hidup Sara kucar-kacir.

“Kita kena menambahkan keanggotaan kita secepat mungkin, kita akan pastikan perempuan tu terseksa.” Sheila menambah lagi.

“Kita akan pastikan perempuan tu terseksa..” Serentak kedua-duanya mengikrarkan lafaz janji yang pastinya menyakiti Sara.

Serentak daripada itu mereka ketawa sekuat-kuat hati bagai hilang pertimbangan, hilaian tawa mereka bergema segenap penjuru dewan utama sekolah, kedengaran sungguh menyeramkan, berterusan hampir lima minit 33 saat  lamanya.

“Sheila. Nad... Kenapa kamu semua gelak bagai hilang akal ni, dah gila ke? Hah, yang kamu Sheila mana semua ahli team The Fairy Baby awak? Penat saya datang petang-petang ni,tiada sorang pun yang turun.”

 Kedengaran suara yang nyaring dan semestinya menakutkan kerana dalam jangka masa tak sampai sesaat selepas suara itu kedengaran ,lenyap sudah gelak tawa mereka.

“Cikgu Suzanna?”


 Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut. Memang benar, di hadapan mereka berdirinya seorang wanita 30-an dengan kecantikan gadis berusia 20-an namun terlihat ketegasan tahap tertinggi pada wajahnya.

Sheila menggelabah tahap keramat kerana dia tahu tiada siapa dapat terlepas daripada Cikgu Suzanna garang itu,lebih-lebih lagi dia merupakan guru penasihat kumpulan sorak sekolah. 

Berpeluh-peluh dia apabila berhadapan dengan cikgu yang bertahun-tahun dinobatkan dengan Anugerah Cikgu Paling Tegas Sepanjang Tahun. Bukan calang-calang orang yang dia sedang hadapi ini, hatta murid yang belajar matematik tambahan dengannya tidak berani untuk membuat kerja sekolah dengan sambil lewa kerana takut akan bahana yang akan diterima kelak.

 Itulah aura Cikgu Suzanna Shafie.

“Cikgu, sebenarnya....” Sheila bersuara cuba mempertahankan diri sebelum Cikgu Suzanna memintas.

“Shut up.Saya tak nak dengar alasan daripada kamu Sheila. Nadhirah, buat pengumuman dan panggil semua ahli kumpulan sorak sekolah sekarang.” Arah cikgu yang kelihatan muda itu tegas.
Nad yang diam bagai tugu sejak tadi terus berlari untuk melaksanakan arahan cikgunya.

 Sheila pula semakin gementar dan Cuma mampu berharap supaya Cikgu Suzanna tidak melakukan perkara yang tidak-tidak kerana hukuman selalu dibuat oleh Cikgu Suzanna kadang-kadang tidak masuk akal dan lain daripada yang lain.

Selang beberapa minit selepas pengumuman dibuat, sebaris panjang ahli-ahli The Fairy Babe telah beratur di dewan utama sekolah. Masing-masing terperanjat kerana cikgu penasihat mereka sedang duduk memerhatikan mereka dengan muka bengang. Mereka lihat Sheila sedang membuat muka meminta simpati.

“Saya tak nak dengar sebarang alasan. Sekarang awak Sheila ketuai mereka semua berjalan itik bermula daripada dewan ini menuju ke padang ,pusing separuh padang bola dan naik balik ke sini. Saya akan perhatikan awak semua.” 
Arahan yang keluar daripada mulut cikgu matematik tambahan itu amat mengejutkan semua yang berada di dewan pada ketika itu.

“Tapi cikgu...” Sheila meminta simpati yang jelas bukan untuk kumpulannya tetapi dia memikirkan maruahnya sahaja.

“Awak nak saya suruh semua buat bunyi itik juga?” Cikgu Suzanna masih tidak mahu mengalah.
Akhirnya semua The Fairy Babe yang diketuai Sheila terpaksa berjalan itik mengikut laluan yang ditetapkan oleh Cikgu Suzanna. Semua pasukan bola sekolah yang pada mulanya terpinga-pinga akhirnya berpadu tenaga mentertawakan mereka.

 Shafiq yang sedang berlatih rugby menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan akhirnya tersenyum kerana dia tahu bahawa itu adalah angkara cikgu matematik tambahannya yang terkenal dengan hukuman yang pelik-pelik.


Nik yang baru melepaskan panah daripada busurnya turut meluangkan masa memerhatikan fenomena yang jarang-jarang berlaku itu, beberapa ahli pasukan memanah sekolah berhampirannya membuat bunyi itik sambil menjerit-jerit kerana lokasi latihan mereka agak jauh daripada padang bola tempat Sheila dan The Fairy Babe yang lain melaksanakan hukumannya.

Malam itu, malam yang derita buat semua ahli The Fairy Babe kerana menjadi bahan ketawa semua pelajar sekolah. 
Kini mereka digelar The Fairy Duckling oleh beberapa orang pelajar yang agak nakal di sekolah.Malang bagi mereka semua, asalnya gadis-gadis popular terpaksa menerima hinaan yang begitu berat untuk mereka terima, malam itu mereka semua berjalan dengan penuh berhemah dan sudah pasti akan berterusan seminggu lamanya selepas kaki mereka lenguh-lenguh akibat bahana jalan itik separuh pusingan padang sekolah.

Sheila terasa begitu malu sehingga ingin berselubung dalam selimut tujuh hari tujuh malam selepas peristiwa itu. Mana tidaknya dirinya menjadi perhatian selepas kejadian itu, bukan atas dasar kecantikannya tetapi masing-masing mahu mengenakannya kerana tragedi jalan itik yang turut mengakibatkan majoriti ahli-ahli The Fairy Babe memarahinya.

“Wah. Perhatian semua. Ketua The Fairy Duckling masuk ke dalam kelas sekarang, berikan tepukan!” Kata haziq salah seorang pelajar yang gila-gila perangainya di kelas 4 epsilon apabila Sheila memasuki kelas. Serentak daripada itu semua orang bertepuk tangan.

“ Woi.. Kau tak puas hati kenapa, nak gaduh ke?” Sheila menjerit untuk memberhentikan tindakan Haziq yang ternyata memalukannya. Tangannya mengepalkan penumbuk yang sudah pasti tidak mampu mengapa-apakan Haziq.

“Arghhhh, takut-takut..... Ada itik gergasi dah marah..” Haziq terus menyakitkan hati Sheila yang sudah merah-merah mukanya menahan marah sebelum dia  menghempaskan punggungnya di kerusi dan berpaling muka dengan sombong.

 Seisi kelas mengambil peluang menggelakkan Sheila dengan kuat namun tidak bagi Sara dan Nik.  Pada mereka tiada sebab untuk mereka ketawa yang pasti jika mereka lakukan akan menambah rasa malu kepada Sheila. Namun tidak semua dapat mengerti apa yang kita fikirkan dan Sheila telah tersalah faham dengan tindakan Sara pada ketika itu.

“Tak guna punya perempuan. Buat-buat cool pulak,celaka kau. Tunggulah balasan daripada aku.” Sheila berbisik kemarahan.

Tiga hari berlalu dan selama itu juga penghinaan kepada kumpulan gadis sorak popular itu tidak lagi berakhir tetapi berkurangan daripada hari pertama yang lalu. 

Sheila masih lagi bengang dengan kejadian jalan itik yang dia letak 100% kesalahan kepada Sara.


Namun kehadiran Nad membawa kegembiraan kepadanya.

*bersambung

No comments:

Post a Comment