Wednesday, 7 May 2014

BAB 3 :KEBENCIAN (sambungan) LAST

“Hai Sheila. Cuba teka khabar apa yang aku bawa?” Nad menyergah Sheila daripada belakang dengan muka yang gembira bagai dilamar putera kayangan lagaknya.

“Apa Nad? Kau ni tak habis-habis dengan kejutan kau.” Balas Sheila sambil lewa.

“Aku akan memperkenalkan our new members in TBS” dengan penuh keterujaan Nad menunjukkan kertas yang mengandungi nama pelajar-pelajar yang ingin menyertai Team Benci Sara.

Sheila menjerit-jerit keterujaan diikuti dengan Nad,mereka kemudiannya saling berpelukan antara satu sama lain.
 Sheila berasa sungguh gembira kerana keanggotaan mereka bertambah dan semestinya ramai juga yang tidak senang dengan kehadiran gadis yang bernama

 Sara Dania Binti Muhammad Amir. 
Gadis yang dianggap tidak sesuai untuk bersama-sama mereka apatah lagi untuk bersahabat dengan mereka.

Senarai ahli baru Team Benci Sara (TBS)

·       SITI SYAHIRAH BINTI JALIL- benci Sara kerana adik angkatnya sudah jarang ingin bercakap dan meminta bantuannya kerana dia sering meminta bantuan daripada Sara supaya dapat mendekati gadis cantik itu.

·       AFIFAH AZIRA BINTI AZMAN- benci Sara kerana teman lelakinya mengakhirkan hubungan mereka berdua selepas kantoi cuba memikat Sara sejak seminggu gadis itu mendaftar ke sekolah.

·       SYAMIMI BINTI AMRAN- benci Sara kerana perhatian cikgu-cikgu mula beralih kepada Sara yang dianggap serba boleh oleh mereka.

·       SUHAILIN  BINTI ROSLIN-benci Sara kerana gadis kampung itu dapat meraih jawatan naib pengerusi Bola Baling tanpa perlu bersusah payah sedangkan dia telah lama mengidamkan jawatan tersebut daripada kakak tingkatan 5.


Sheila berpuas hati dengan keterangan Nad yang kelihatan begitu teliti dalam mengambil data ahli terbaru mereka. Dalam ruang mata Sheila kini terbayangkan wajah Sara dalam keadaan derita selepas TBS melancarkan serangan demi serangan kelak.

“Kau rasakan pembalasan daripada kitaorang nanti perempuan kampung!!” Sheila berkata sambil mengepal penumbuk seerat-erat mungkin, dia merasakan bahawa detik untuk Sara menderita hampir tiba dan dia tidak sabar untuk menantinya. Dia sangat tidak sabar untuk menantinya.

Begitu juga bagi Nad, dia tidak sabar menantikan saat pembalasan dendamnya kepada Sara kerana padanya Sara cuba untuk merampas Nik daripadanya walaupun pada hakikatnya Nik tidak pernah sekali pun melayannya kerana rimas dengan perangai Nad yang bagai terlebih-lebih sukatan manjanya.

Oleh kerana Nik tidak melayannya, Nad menganggap Sara merupakan punca kepada semua permasalahan itu sedangkan dia tidak sedar akan kelemahan dirinya sendiri malah sanggup meletakkan semua kesalahan kepada Sara, si gadis desa yang tulus hatinya namun tidak mampu untuk membuatkan semua orang menyukai dirinya.


Semua ini kerana perasaan manusia yang begitu kompleks dan sukar untuk ditafsir. Rasa cemburu bagaikan wajib dan sudah menjadi lumrah bahawa akan ada yang menjadi mangsa kerana perasaan ini yang boleh mencetuskan persengketaan antara manusia dan mampu membuatkan manusia bertindak jauh daripada
 norma-norma kehidupan.

No comments:

Post a Comment