“
Sheila, Sheila.... Dengarlah apa yang I nak cakap ni.
Please......!!”
“Ish,
U nak ape ni Nad? U tak nampak ke I tengah sibuk.”
Jawab Sheila yang kelihatan
bersungguh-sungguh melatih ahli pasukannya. Sebenarnya Sheila telah lama
mengidamkan jawatan ketua pasukan sorak sekolah yang diperolehinya selepas
membayar sejumlah wang kepada mantan ketua pasukan sorak yang kini sedang
berada di tingkatan 5.
Setelah mendapat jawatan tersebut Sheila membuat
rombakan besar dalam organisasi itu dengan mereformasi semua gaya sorakan yang
dianggapnya kuno dan yang paling jelas dia mengubah nama kumpulan sorak sekolah
itu kepada
The Fairy Baby.
“The Fairy Baby!!! Wow meletuplah sangat......”
Terdengar
beberapa suara mempersoalkan pertukaran nama kumpulan sorak sekolah itu.
“Sheila
... Ni pasal budak kampung yang ... eiiii, sakitnya hati I tau.”
Nad atau nama
sebenarnya Nur Nadhirah Amelia cuba mengadu sambil berlakon dengan gaya yang
terlebih-lebih ibarat pelakon handalan lagaknya.
“What.......
Perempuan tak guna tu.. Hei, cuba U cerita kat I ape dia buat kat U sayang” Sheila
dengan suara nyaringnya menyebabkan satu Dewan Utama seakan bergegar seketika.
Serta merta dia mendekati Nad yang kini terjelepok atas lantai bagai tiada lagi
semangat untuk hidup.
“Cuba
U cerita kat I ,Nad. Apa yang perempuan tu buat kat U?” Sheila memujuk Nad
supaya menceritakan perkara sebenar sebelum dia sendiri yang memintas Nad yang
baru hendak bercerita tentang peristiwa yang dilihatnya.
“Ops....
I’m sorry. Ok guys, You all boleh balik sekarang,latihan batal.” Sheila
mengeluarkan arahannya dan kembali menumpukan perhatian kepada Nad yang masih
cuba menghayati watak agar penceritaannya kepada Sheila kelak akan nampak
bernyawa.
Kelihatan beberapa ahli pasukan sorak tidak berpuas hati dengan sikap
Sheila yang lebih mengutamakan hal peribadi daripada urusan rasmi.
“Ok,
sekarang U dengar apa I nak cakap eah Sheila. Tadi I nampak perempuan kampung
tu dengan Nik. OMG, entah apa yang perempuan tu jampi sampai Nik bagi dia
coklat Cadbury..huhuhuhu.benci tau macam ni,sudahlah Nik tu handsome, cool ,
muscle sana muscle sini. Sakitnya hati I ni” Nad meluahkan semua isi hatinya
kepada Sheila yang kini membayangkan paras wajah Nik dalam ruang imaginasinya.
“Eermmmmmmm.
Memang handsome mamat tu” Sheila berkata dalam hati sambil tersengih.
“Sheila
!!! U senyum apa? U dengar tak apa yang I cakap ni?” Nad agak jelik dengan
perangai Sheila yang tidak memberi perhatian dengan segala apa yang dia
perkatakan tadi.
Tangannya pantas mencubit-cubit pinggang Sheila yang kononnya
mula memberi fokus seratus peratus semata-mata ingin menjaga hati Nad.
“OMG
sayang, perempuan tu dapat coklat. Sumpah dia dah melampau, memang semua jantan
hot yang ada kat sekolah ni dia nak ambil. Daripada junior sampai senior
kita semua asyik Sara.Sara.Sara.Sara. Tu tak termasuk cikgu-cikgu lagi. Sara
itu Sara ini. Meluat I lah macam ni. Nad kita kena buat rancangan nak kenakan
budak tu, kita pastikan tahun depan kita tak jumpa lagi perempuan kampung tu!”
Sheila bercakap tanpa henti dengan sekali nafas menyebabkan dia
termengah-mengah dihujung kata.
“Yes,
I setuju dengan idea U Sheila , but how?” Nadhirah mempersoalkan idea Sheila.
“Hei.
Ini Sheila lah,” Sheila membangga diri sebelum dia membisikkan sesuatu di
telinga Nad. Panjang lebar dia berbisik di telinga Nad yang kadang-kadang
terasa geli-geli di dalam telinganya. Di hujung bisikan Sheila mata Nad buntang
manakala bibir Sheila tersenyum jahat.
“
Team Benci Sara??” Nad menjerit.
“Yes..
TBS ,team benci Sara.” Sheila
mengiakan apa yang Nad cakap sebentar tadi dan kini raut wajah kedua-dua gadis
yang berhati hitam itu tergambar kejahatan yang bakal menyebabkan hidup Sara
kucar-kacir.
“Kita
kena menambahkan keanggotaan kita secepat mungkin, kita akan pastikan perempuan
tu terseksa.” Sheila menambah lagi.
“Kita
akan pastikan perempuan tu terseksa..” Serentak kedua-duanya mengikrarkan lafaz
janji yang pastinya menyakiti Sara.
Serentak
daripada itu mereka ketawa sekuat-kuat hati bagai hilang pertimbangan, hilaian
tawa mereka bergema segenap penjuru dewan utama sekolah, kedengaran sungguh
menyeramkan, berterusan hampir lima minit 33 saat lamanya.
“Sheila.
Nad... Kenapa kamu semua gelak bagai hilang akal ni, dah gila ke? Hah, yang
kamu Sheila mana semua ahli team The Fairy Baby awak? Penat saya datang petang-petang
ni,tiada sorang pun yang turun.”
Kedengaran suara yang nyaring dan semestinya
menakutkan kerana dalam jangka masa tak sampai sesaat selepas suara itu
kedengaran ,lenyap sudah gelak tawa mereka.
“Cikgu
Suzanna?”
Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut. Memang benar, di
hadapan mereka berdirinya seorang wanita 30-an dengan kecantikan gadis berusia
20-an namun terlihat ketegasan tahap tertinggi pada wajahnya.
Sheila
menggelabah tahap keramat kerana dia tahu tiada siapa dapat terlepas daripada
Cikgu Suzanna garang itu,lebih-lebih lagi dia merupakan guru penasihat kumpulan
sorak sekolah.
Berpeluh-peluh dia apabila berhadapan dengan cikgu yang
bertahun-tahun dinobatkan dengan Anugerah Cikgu Paling Tegas Sepanjang Tahun.
Bukan calang-calang orang yang dia sedang hadapi ini, hatta murid yang belajar
matematik tambahan dengannya tidak berani untuk membuat kerja sekolah dengan
sambil lewa kerana takut akan bahana yang akan diterima kelak.
Itulah aura
Cikgu Suzanna Shafie.
“Cikgu,
sebenarnya....” Sheila bersuara cuba mempertahankan diri sebelum Cikgu Suzanna
memintas.
“Shut
up.Saya tak nak dengar alasan daripada kamu Sheila. Nadhirah, buat pengumuman
dan panggil semua ahli kumpulan sorak sekolah sekarang.” Arah cikgu yang
kelihatan muda itu tegas.
Nad
yang diam bagai tugu sejak tadi terus berlari untuk melaksanakan arahan
cikgunya.
Sheila pula semakin gementar dan Cuma mampu berharap supaya Cikgu
Suzanna tidak melakukan perkara yang tidak-tidak kerana hukuman selalu dibuat
oleh Cikgu Suzanna kadang-kadang tidak masuk akal dan lain daripada yang lain.
Selang
beberapa minit selepas pengumuman dibuat, sebaris panjang ahli-ahli The Fairy
Babe telah beratur di dewan utama sekolah. Masing-masing terperanjat kerana
cikgu penasihat mereka sedang duduk memerhatikan mereka dengan muka bengang.
Mereka lihat Sheila sedang membuat muka meminta simpati.
“Saya
tak nak dengar sebarang alasan. Sekarang awak Sheila ketuai mereka semua
berjalan itik bermula daripada dewan ini menuju ke padang ,pusing separuh padang
bola dan naik balik ke sini. Saya akan perhatikan awak semua.”
Arahan yang
keluar daripada mulut cikgu matematik tambahan itu amat mengejutkan semua yang
berada di dewan pada ketika itu.
“Tapi
cikgu...” Sheila meminta simpati yang jelas bukan untuk kumpulannya tetapi dia
memikirkan maruahnya sahaja.
“Awak
nak saya suruh semua buat bunyi itik juga?” Cikgu Suzanna masih tidak mahu
mengalah.
Akhirnya
semua The Fairy Babe yang diketuai Sheila terpaksa berjalan itik mengikut
laluan yang ditetapkan oleh Cikgu Suzanna. Semua pasukan bola sekolah yang pada
mulanya terpinga-pinga akhirnya berpadu tenaga mentertawakan mereka.
Shafiq
yang sedang berlatih rugby menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan
akhirnya tersenyum kerana dia tahu bahawa itu adalah angkara cikgu matematik
tambahannya yang terkenal dengan hukuman yang pelik-pelik.
Nik
yang baru melepaskan panah daripada busurnya turut meluangkan masa memerhatikan
fenomena yang jarang-jarang berlaku itu, beberapa ahli pasukan memanah sekolah
berhampirannya membuat bunyi itik sambil menjerit-jerit kerana lokasi latihan
mereka agak jauh daripada padang bola tempat Sheila dan The Fairy Babe yang
lain melaksanakan hukumannya.
Malam
itu, malam yang derita buat semua ahli The Fairy Babe kerana menjadi bahan
ketawa semua pelajar sekolah.
Kini mereka digelar The Fairy Duckling oleh
beberapa orang pelajar yang agak nakal di sekolah.Malang bagi mereka semua,
asalnya gadis-gadis popular terpaksa menerima hinaan yang begitu berat untuk
mereka terima, malam itu mereka semua berjalan dengan penuh berhemah dan sudah
pasti akan berterusan seminggu lamanya selepas kaki mereka lenguh-lenguh akibat
bahana jalan itik separuh pusingan padang sekolah.
Sheila
terasa begitu malu sehingga ingin berselubung dalam selimut tujuh hari tujuh
malam selepas peristiwa itu. Mana tidaknya dirinya menjadi perhatian selepas
kejadian itu, bukan atas dasar kecantikannya tetapi masing-masing mahu
mengenakannya kerana tragedi jalan itik yang turut mengakibatkan majoriti
ahli-ahli The Fairy Babe memarahinya.
“Wah.
Perhatian semua. Ketua The Fairy Duckling masuk ke dalam kelas sekarang,
berikan tepukan!” Kata haziq salah seorang pelajar yang gila-gila perangainya
di kelas 4 epsilon apabila Sheila memasuki kelas. Serentak daripada itu semua
orang bertepuk tangan.
“
Woi.. Kau tak puas hati kenapa, nak gaduh ke?” Sheila menjerit untuk
memberhentikan tindakan Haziq yang ternyata memalukannya. Tangannya mengepalkan
penumbuk yang sudah pasti tidak mampu mengapa-apakan Haziq.
“Arghhhh,
takut-takut..... Ada itik gergasi dah marah..” Haziq terus menyakitkan hati
Sheila yang sudah merah-merah mukanya menahan marah sebelum dia menghempaskan punggungnya di kerusi dan
berpaling muka dengan sombong.
Seisi kelas mengambil peluang menggelakkan Sheila
dengan kuat namun tidak bagi Sara dan Nik. Pada mereka tiada sebab untuk mereka ketawa
yang pasti jika mereka lakukan akan menambah rasa malu kepada Sheila. Namun
tidak semua dapat mengerti apa yang kita fikirkan dan Sheila telah tersalah
faham dengan tindakan Sara pada ketika itu.
“Tak
guna punya perempuan. Buat-buat cool pulak,celaka kau. Tunggulah balasan
daripada aku.” Sheila berbisik kemarahan.
Tiga
hari berlalu dan selama itu juga penghinaan kepada kumpulan gadis sorak popular
itu tidak lagi berakhir tetapi berkurangan daripada hari pertama yang lalu.
Sheila masih lagi bengang dengan kejadian jalan itik yang dia letak 100%
kesalahan kepada Sara.
Namun
kehadiran Nad membawa kegembiraan kepadanya.
*bersambung
