Tuesday, 20 May 2014

Bab 4 : SURAT (Sambungan)

Lain pula situasi yang berlaku kepada Sheila dan Nad, mereka tidak sabar melihat Sara dimalukan apabila pelajar-pelajar lain membaca apa yang mereka tampal dibelakang gadis kampung itu.

Namun riak muka mereka berubah apabila seorang pengawas junior datang ke arah Sara. Mereka berasa yang rancangan mereka bakal gagal dan sememangnya itu yang akan berlaku kerana Allah itu maha adil.

Sara menoleh kebelakang apabila dia berasa ada sentuhan kecil dibelakangnya apabila bajunya seakan-akan tertarik ke belakang. Apabila dia menoleh ,dia lihat seorang gadis kecil berbaju biru dengan sehelai kertas.

“Kakak, ada orang tampal ni kat belakang kakak. Tapi saya dah tolong tanggalkan kerana saya rasa kakak tidak perasan tentang kehadirannya.” Tutur gadis itu lembut sambil menghulurkan kertas yang pada mulanya berada dalam pegangannya.
 Sara menyambut kertas itu.

“Kakak, mahu saya laporkan pada cikgu?” Soal gadis itu lagi.

“Tidak mengapa, terima kasih kerana tolong kakak. Mungkin kawan-kawan kakak ingin bergurau.” Sara membalas sambil tersenyum dan perbualan mereka terhenti selepas pengawas muda itu berlalu pergi.

Nik dan Shafiq, masing-masing memerhatikan perbualan itu daripada jauh. Masing-masing juga berasa teruja untuk mengetahui isi kandungan kertas yang diterima Sara daripada pengawas muda itu. 
Mereka berdua juga berasa sungguh bahagia melihat Sara menguntumkan senyuman sebentar tadi. Nik dan Shafiq, masing-masing hanyut dalam imaginasi. 

Imaginasi ciptaan, dengan Sara sebagai watak utama.

Sheila dan Nad menyumpah-nyumpah pengawas tingkatan dua itu kerana mengagalkan rancangan mereka untuk memalukan Sara. 

Bertambah lagi perasaan benci mereka kepada Sara kerana gadis kampung itu sentiasa dibantu oleh orang yang berada disekelilingnya.


Saya perempuan kampung yang gatal!!!!!

Saya suka mencari lelaki untuk hiburan kerana
 cita-cita saya adalah pelayan lelaki kelas pertama.
Saya layan semua jenis, harap maklum!!!




Sara memandang helaian kertas yang diberikan oleh gadis pengawas tadi. Mujur dia yang terakhir dalam barisan kelasnya maka tiada siapa yang melihat apa yang ditulis pada kertas itu.
Sara terkejut melihat isi kandungan kertas tersebut yang terang-terang menghinanya.


Tiada apa yang mampu Sara ungkapkan apabila melihat bait-bait ayat yang ditulis menggunakan marker dan mampu dibaca biarpun seseorang itu rabun sekalipun.
 Dia tahu siapa yang punya angkara, perlahan-lahan dia memandang Sheila dan Nad yang berada selang tiga baris dihadapan.
 Sara tahu ini semua kerja kedua pelajar itu namun siapalah Sara untuk melawan mereka, kertas di tangannya itu dikeronyokkan dan disimpan dalam poket.

 Tanpa sesiapa sedari, setitik demi setitik air mata Sara jatuh membasahi tapak perhimpunan sekolah.

Wednesday, 7 May 2014

BAB 4 : Surat...

Pagi itu Shafiq membuka loker kelasnya seperti selalu dan seperti selalu pasti ada helaian surat jatuh melayang ke lantai, 
kebiasaannya Shafiq akan membuang kesemuanya namun apabila dia mengutip surat-surat yang bertaburan atas lantai.

 Sebaris ayat menggamit pandangannya dengan tulisan yang seakan-akan pernah dia lihat sebelum ini.

SURAT  UNTUK  K.U.

Setelah membuang surat-surat yang lain yang langsung tidak pernah menarik perhatiannya, Shafiq duduk di tempatnya dan membaca satu-satunya surat yang berjaya membuatnya duduk dan membaca dengan sepenuh perasaan, perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas itu dan membacanya.



Asslamualaikum dan salam perkenalan.

Saudara Shafiq yang dihormati,


Maafkan saya jika dengan hadirnya sehelai kertas ini diharapkan tidak menganggu hari-hari awak. Shafiq ,eloklah jika saya terus kepada tujuan saya menulis dalam ruangan ini dan kini sedang dibaca oleh awak.

Saya teringin mendekati dan mengenali awak dari dekat sejak pertama kali bertemu awak tempoh hari dan sejak pertama kali awak tegur saya. 
Saya merasai kebaikan awak dan saya menghormati awak.

Moga-moga jalinan persahabatan dapat kita wujudkan antara kita.



Terima kasih Shafiq :)

SARA


Shafiq mengeluh berat setelah membaca surat itu, bagaimana cara untuk menerangkan keadaan dirinya kepada Sara.
 Tidak mungkin dia dapat mengaburi semua orang dan merapati Sara.

“Maafkan Sara. Maafkan saya kerana membuat awak ternanti-nanti, saya tak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan semua ini.” Shafiq mengeluh sendirian dan surat daripada Sara tadi dia sisipkan dalam buku catatannya, dia sisipkan dalam buku catatannya dan tidak membuang surat itu

Istimewanya insan bernama Sara Dania Binti Muhammad Amir di hati Shafiq Afendi Bin Ahmad.

Shafiq melekapkan mukanya diatas meja memikirkan tentang apa kesudahan antara Sara dan dirinya, dia akui bahawa Sara sangat istimewa dan dia telah jatuh cinta pandangan pertama.
Sukar untuknya  melupakan cinta pertamanya ini.

“Shafiq. Shafiq. Kau ok  ke tidak?” kedengaran suara yang intonasinya jelas sekali cemas singgah ke ruang pendengaran Shafiq.
 Berat sekali dia ingin mendongak dan melihat kepada empunya suara tersebut kerana dia kenal benar dengan suara tersebut dan sudah pasti Shafiq tidak mahu Tiara melihat dia dalam keadaan kusut begitu.

“Aku ok lah Tiara. Jangan risau. Bagi aku lagi lima minit.” Shafiq membalas tetapi suaranya mendatar sahaja.

Tiara berasa sangat risau kerana selama ini Shafiq tidak pernah berkelakuan begitu. Ya dia sangat pasti kerana dia selalu memerhatikan Shafiq selama ini, pemerhati setia kerana dalam diam dia meminati Shafiq namun perasaan itu hanya dipendam.
 Bagi Tiara ,tidak mungkin Shafiq dapat menerima perempuan yang ganas sepertinya lebih-lebih lagi Shafiq yang tenang dan sangat penyabar itu begitu ramai peminat yang tertawan dengan kekacakannya.

Tiara melenyapkan kenangan lalunya dan berlalu daripada meja Shafiq dan berlalu ke tapak perhimpunan untuk persediaan bagi perhimpunan harian. 
Shafiq bangun, mengambil sapu tangan di poket belakang dan mengelap mukanya, sebelum satu tepukan keras singgah di belakangnya.

“Woi, Amar. Sakit kau tahu tak.” Shafiq yang sememangnya sudah kenal siapa punya angkara berpusing dan menumbuk perut Amar yang tidak sempat mengelak kerana refleks Shafiq yang pantas itu.

“Adoi, nasib baik aku ada six pack sebagai shield aku. Hahaha.” Amar melawak lagi dan diikuti dengan deraian tawa oleh Shafiq.

“Mulalah nak perasan tu. Aku tunjuk aku punya kejap lagi tengok siapa menang.” Shafiq membalas dan masing-masing kembali dengan deraian tawa.
 Usai dengan gurauan pagi itu,mereka berlalu ke tapak perhimpunan dan bersedia dengan tugas harian mereka.

Pagi itu Tiara yang menjadi pengerusi majlis dan kelihatan dari jauh Sheila dan Nad  berjalan ala-ala Tyra Bank biarpun mereka sudah lambat.
 Berbara hati Tiara dengan karenah dua orang pelajar yang sering kali menimbulkan masalah kepada sekolah.

“Pssstttt, Nad. Are you ready for our mission?” Sheila berbisik kepada Nad selepas mereka dapat melepasi pengawas yang ingin mencatit nama mereka kerana lewat ke perhimpunan dengan alasan pergi ke tandas.

“Yup.. I dah berlatih dua jam berturut-turut semalam sayang.” Nad membalas dengan nada yang cukup meyakinkan Sheila.
 Mereka berdua mara kehadapan dengan niat yang buruk dan sudah pastinya mereka ingin mengenakan Sara yang dimindanya kini hanya fokus kepada sang arjuna cinta.

Tiba-tiba Sara dilanggar keras dan terdorong kehadapan ,hampir jatuh namun nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mengawal posisi kakinya agar tidak tersilap langkah dan terjatuh.
 Apabila dia menoleh, dia terlihat Sheila dan Nad sedang memandangnya dengan penuh rasa amarah.

“Kau ni memang sengajakan, tak guna punya perempuan. Menyemak je kau ni.” Sheila bercakap dengan nada yang menjengkelkan.

“Tapi Sheila ,sayakan tengah beratur tadi.”Sara menjawab namun dipintas oleh Nad.
“Sudah la kau, menjawab pandai.Tak guna bercakap dengan perempuan kampung macam kau. Tepi sikit kitaorang nak lalu!” Nad menunjukkan belangnya dan menolak Sara ke tepi kemudian dia dan Sheila berlalu untuk berbaris di hadapan.

Sara hanya berdiam diri dia tahu dia tak mampu melawan Sheila dan Nad kerana mereka semua anak-anak orang berada dan sudah biasa dimanjakan maka tidak peliklah jika mereka berperangai sedemikian rupa.

Sara kembali menumpukan perhatian pada pentas perhimpunan. Tiara meminta semua pelajar dan guru berdiri dan bersedia untuk nyanyian lagu negeri dan Negaraku.
 Kini pandangan Sara beralih kepada Shafiq yang berdiri diatas pentas diapit oleh Amar dan Syakir.

“Sekolah.Sekolah sedia.” Shafiq mengungkapkan bait-bait arahan yang biasa dilakukan olehnya sejak awal tahun dahulu dan sememangnya warisan daripada Ketua-ketua Umum yang terdahulu.Sara memerhati dengan penuh perasaan, perasaan yang penuh dengan cinta. Cinta pada K.U


Nik memandang Sara. Dia lihat gadis itu sedang asyik memandang kehadapan dan sudah pasti dipenghujung pandangannya sudah pasti si Ketua Umum Sekolah, Shafiq.
 Nik mengetapkan bibirnya kerana geram,takut-takut segala impiannya tidak kesampaian kelak.
Dia tahu yang Sara menyukai Shafiq yang setahun lebih tua daripada usia mereka berdua daripada lirik pandangan mata gadis itu apabila melihat jejaka yang bergelar ketua umum itu.

BAB 3 :KEBENCIAN (sambungan) LAST

“Hai Sheila. Cuba teka khabar apa yang aku bawa?” Nad menyergah Sheila daripada belakang dengan muka yang gembira bagai dilamar putera kayangan lagaknya.

“Apa Nad? Kau ni tak habis-habis dengan kejutan kau.” Balas Sheila sambil lewa.

“Aku akan memperkenalkan our new members in TBS” dengan penuh keterujaan Nad menunjukkan kertas yang mengandungi nama pelajar-pelajar yang ingin menyertai Team Benci Sara.

Sheila menjerit-jerit keterujaan diikuti dengan Nad,mereka kemudiannya saling berpelukan antara satu sama lain.
 Sheila berasa sungguh gembira kerana keanggotaan mereka bertambah dan semestinya ramai juga yang tidak senang dengan kehadiran gadis yang bernama

 Sara Dania Binti Muhammad Amir. 
Gadis yang dianggap tidak sesuai untuk bersama-sama mereka apatah lagi untuk bersahabat dengan mereka.

Senarai ahli baru Team Benci Sara (TBS)

·       SITI SYAHIRAH BINTI JALIL- benci Sara kerana adik angkatnya sudah jarang ingin bercakap dan meminta bantuannya kerana dia sering meminta bantuan daripada Sara supaya dapat mendekati gadis cantik itu.

·       AFIFAH AZIRA BINTI AZMAN- benci Sara kerana teman lelakinya mengakhirkan hubungan mereka berdua selepas kantoi cuba memikat Sara sejak seminggu gadis itu mendaftar ke sekolah.

·       SYAMIMI BINTI AMRAN- benci Sara kerana perhatian cikgu-cikgu mula beralih kepada Sara yang dianggap serba boleh oleh mereka.

·       SUHAILIN  BINTI ROSLIN-benci Sara kerana gadis kampung itu dapat meraih jawatan naib pengerusi Bola Baling tanpa perlu bersusah payah sedangkan dia telah lama mengidamkan jawatan tersebut daripada kakak tingkatan 5.


Sheila berpuas hati dengan keterangan Nad yang kelihatan begitu teliti dalam mengambil data ahli terbaru mereka. Dalam ruang mata Sheila kini terbayangkan wajah Sara dalam keadaan derita selepas TBS melancarkan serangan demi serangan kelak.

“Kau rasakan pembalasan daripada kitaorang nanti perempuan kampung!!” Sheila berkata sambil mengepal penumbuk seerat-erat mungkin, dia merasakan bahawa detik untuk Sara menderita hampir tiba dan dia tidak sabar untuk menantinya. Dia sangat tidak sabar untuk menantinya.

Begitu juga bagi Nad, dia tidak sabar menantikan saat pembalasan dendamnya kepada Sara kerana padanya Sara cuba untuk merampas Nik daripadanya walaupun pada hakikatnya Nik tidak pernah sekali pun melayannya kerana rimas dengan perangai Nad yang bagai terlebih-lebih sukatan manjanya.

Oleh kerana Nik tidak melayannya, Nad menganggap Sara merupakan punca kepada semua permasalahan itu sedangkan dia tidak sedar akan kelemahan dirinya sendiri malah sanggup meletakkan semua kesalahan kepada Sara, si gadis desa yang tulus hatinya namun tidak mampu untuk membuatkan semua orang menyukai dirinya.


Semua ini kerana perasaan manusia yang begitu kompleks dan sukar untuk ditafsir. Rasa cemburu bagaikan wajib dan sudah menjadi lumrah bahawa akan ada yang menjadi mangsa kerana perasaan ini yang boleh mencetuskan persengketaan antara manusia dan mampu membuatkan manusia bertindak jauh daripada
 norma-norma kehidupan.