Monday, 30 September 2013

BAB 2 : KETUA UMUM SEKOLAH

Shafiq Afendi Bin Ahmad = Ketua Umum Sekolah.....


Sara mengelamun melihat buku catatannya. Dia tidak sedar ada yang sedang menghampirinya. Perlahan-lahan pelajar itu menghampiri Sara daripada belakang. Hatinya gusar melihat Sara yang kelihatan diam membisu.

“Awak ok” suara itu menegur Sara.

Pantas Sara menoleh ke arah suara yang menegurnya itu. Dia tersenyum melihat pelajar itu yang cukup dia kenali.

“Tiara,..Saya ok sahaja.Jangan risau ya..hahahaha” balas Sara sambil ketawa.

 Namun belum sempat pun Tiara membalas jawapan Sara tersebut dan berbual lebih lama. Kedengaran suara memanggilnya dan apabila dia menoleh dia melihat Syaqir sedang melambai-lambai kearahnya. Sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Sara , Tiara pun berlalu pergi.

Berlalunya Tiara daripada situ diperhatikan sepasang mata. Hatinya berbisik, benarkah gadis yang ditegur Tiara itu yang menjadi bualan ramai. "Itukah perempuan yang dia lihat di kawasan tempat letak kereta semalam? "
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah gadis itu yang dia tahu sebahagian daripada pelajar yang baru mendaftar ke sekolah itu.

Dia terlihat namanya tercatat di atas salah sebuah muka di buku catatan pelajar itu sebaik sahaja dia sampai ke tempat di mana pelajar itu sedang duduk sementara menanti agenda seterusnya yang  akan dikelolakan oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

 Dia berkira-kira untuk menyusun kata untuk memulakan perbualan dan tanpa diduga bibirnya sudah pun mengungkapkan kata-kata pertama, dialog pertama antara dia dan si dia.

“Cantiknya tulisan awak”
 Ayat pertama daripada Shafiq si Ketua Umum.

 Sara terperanjat ,pantas menoleh kebelakang dan segera menutup buku catatannya serta menyorokkan buku tersebut dibelakangnya.
 Sara terpaku seketika apabila matanya bertentangan tepat dengan mata Shafiq. 

Mukanya kemerahan.

“Eah, jangan takut. Saya bukan mahu mengapa-apakan awak.” Jelas Shafiq sambil tersenyum untuk memulihkan keadaan.
 Sara pula keputusan kata dan hanya tertunduk malu.

“Kalau saya suruh awak tulis nama saya pada buku baru saya ini boleh?” Shafiq masih cuba untuk berbual-bual.

“Saya..Saya..Saya..” Sara tergagap-gagap dan mukanya jauh lebih merah daripada sebelumnya. Ternyata dia malu kerana Shafiq sempat melihat bahawa Sara menulis nama jejaka itu dalam buku catatan miliknya.

Shafiq tersenyum dalam hati melihat telatah Sara yang telah merah mukanya, Shafiq mengambil keputusan untuk tidak lagi bergurau senda dan bertanya kepada Sara kenapa dia tidak pergi ke kantin pada waktu rehat ini.
 Mendengar alasan Sara yang dia sudah kenyang bersarapan semasa di Dewan Makan Sekolah membuatkan jejaka itu berpuas hati dan meminta diri dan meninggalkan Sara yang masih kaget. 

Dia hanya melihat jejaka itu berlalu pergi darinya. 
Dia memerhati pemergian Shafiq sehingga si Ketua Umum itu lenyap daripada pandangannya.

 Dalam diam, Sara juga turut diperhatikan  seseorang dengan hati yang tulus yang telah jatuh hati kerana cinta pandang pertama. 

Mata itu setia memerhatikan Sara sejak hari pertama mereka bertemu, dia yakin bahawa Sara tidak lagi menyedari kehadirannya dan dia perlu bertindak kerana dia yakin bahawa Sara akan menjadi perhatian ramai arjuna dan sudah tentunya dia akan mendapat saingan,
 lebih-lebih lagi dia telah melihat saingan pertamanya baru sahaja berlalu.

Ya.. Saingan pertamanya ialah Shafiq Afendi Bin Ahmad, si Ketua Umum.

Mata Sara tidak lepas memandang Shafiq yang menjadi tourist guide kumpulannya untuk mengenali kawasan sekolah. 

Dia kelihatan tenang dan sangat gentlemen ,segala sudut dirinya kelihatan sempurna bagi seorang jejaka seusia dengannya.

 Sara tidak menyedari bahawa perbuatannya memerhatikan Shafiq turut diperhatikan sepasang mata yang kini asyik mengekori kemana saja pergerakan Sara lantaran jatuh hati kepada gadis itu.


Shafiq terasa bagai satu perasaan aneh menjalar keseluruh hatinya. Dia kadang-kadang kesal akan sikapnya yang kelihatan terdesak untuk sentiasa melihat gadis baru itu hinggakan dia sanggup bertukar tugas dengan anak buahnya dengan alasan anak buahnya itu sudah penat seharian maka dia ingin menggantikannya. 

Pandainya lidahnya berkata-kata, namun hakikat tidak dapat disembunyikan, dia akui bahawa gadis itu sangat menarik perhatiannya.
 Namun statusnya sebagai Ketua Umum Sekolah tidak memungkinkan dia untuk sentiasa dekat dengan gadis manis itu. Shafiq mengeluh berat, tergambar kecewa pada raut wajahnya.


Dia terpaksa melupakan hasrat hatinya,
 dia terpaksa melupakan perasaan yang dia rasa baru pertama kali datang secara ikhlas tanpa digesa-gesa.

*bersambung

Friday, 20 September 2013

BAB 1 : TAWARAN (last)

Fokus Sara semakin lama semakin tinggi apabila giliran Lembaga Pengawas Sekolah memperkenalkan fungsi mereka dan ahli-ahli kepimpinan tertinggi.

 Beberapa orang berlalu , masih tidak kelihatan orang yang dinanti.
Kelihatan Tiara mendekati podium dan bercakap mengenai jawatannya di sekolah dan Sara kedengaran beberapa pelajar di belakangnya menyebut The Great Tigress secara berbisik-bisik.

 Sara hanya tersenyum mendengarnya.

 Hampir kesemua pengawas diatas pentas sudah menyatakan pangkat mereka dalam Lembaga Pengawas Sekolah dan kini fokus Sara sedang terganggu kerana tiada kelibat jejaka yang dia lihat semalam, sehinggakan dia tidak mendengar apa yang Amar perkatakan.


 Tiara menjangkakan bahawa Shafiq tidak dapat hadir namun sangkaannya ternyata meleset kerana dia sudah pun melihat Shafiq datang dari arah belakang melintasi laluan tengah diantara kawasan lelaki dan perempuan.
 Berjalan disebelah Sara lalu naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon.

 Nama saya
 Shafiq Afendi Bin Ahmad,

 memegang jawatan sebagai Ketua Umum Sekolah.


 Sara terkesima seketika atas kejutan yang tak disangka-sangka.

Tuesday, 10 September 2013

Bab 1: Tawaran (sambungan)



      
          Nama:  Sara Dania Binti Muhammad Amir
          Kelas:   4 Epsilon
          Kediaman : Cempaka/ B104
          No. Pendaftaran: 045     

Sara telah mendapat tag nama selepas pendaftaran selesai. Melalui warna tag itu, Sara tahu yang dia bakal mendiami kediaman Cempaka yang bertemakan warna biru, kediamannya berpasangan dengan kediaman Lekir yang turut bertemakan warna biru namun bezanya Lekir menempatkan pelajar lelaki.

 Sara juga mengetahui bahawa pelajar perempuan yang menawarkan dirinya untuk membantunya tadi ialah salah seorang Lembaga Pengawas Sekolah malah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas Wanita. Sara amat kagum melihat pelajar bernama Tiara Imani itu. Sudahlah cantik, berjawatan tinggi pula,kelihatan sempurna hidupnya.

Setelah selesai urusan pendaftaran dan pengurusan kediaman, Pak Kamin, Nek Minah dan Mek Senah pun sudah mahu beransur pulang kerana perjalanan yang bakal mereka tempuh untuk pulang bukanlah dekat memakan masa berjam-jam juga.

 Berat hati Sara melepaskan tiga insan yang banyak berjasa dalam hidupnya terutamanya Nek Minah satu-satunya darah dagingnya di dunia ini. Lama-lama dia merangkul tubuh tua Nek Minah sehingga basah baju orang tua itu dengan air mata.

 Suasana sungguh hening, Nek Minah menasihati Sara supaya terus belajar dan tidak leka dalam khayalan dunia. Panjang lebar nasihat Nek Minah kepada cucunya yang tercinta. Mek Senah sudah sedu sedan menumpang sedih atas bahu Pak Kamin. Pak Kamin sudah merah matanya menahan sedih akan perpisahan dua beranak yang telah dikenalinya bertahun lama.

Tiara yang masih disitu menangis hiba di dalam hati melihat adegan sebabak yang cukup untuk menerbitkan air mata. Dia tahu bahawa Sara seorang anak yatim piatu dan wanita tua dihadapannya itu adalah satu-satunya keluarga Sara yang masih hidup. Segala maklumat itu diberitahu oleh Mek Senah yang turut berpesan kepada Tiara supaya sentiasa menjaga Sara bagi pihaknya selama Sara belajar disana.

Tangan Sara melambai-lambai ke arah kereta yang bergerak keluar daripada perkarangan sekolah. Dia terasa hiba meninggalkan Nek Minah yang sanggup membelanya selepas kematian ayah dan ibunya akibat kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kediamannya.

 Walaupun hidup mereka sederhana sahaja tetapi mereka sangat bahagia. Sara juga kadang-kadang keliru kemana hilangnya duit insurans kedua orang tuanya dan syarikat yang diusahakan ayahnya, namun Nek Minah menyatakan syarikat itu telah diambil alih oleh rakan bapanya yang telah lama mengidamkan tempat ayahnya sebagai pemilik syarikat. Sara tidak kisah akan semua itu,kerana dia tahu harta bukan segala-galanya.

 Hanya Nek Minah hartanya yang paling berharga dan jauh lebih berharga daripada emas permata kerana hilangnya Nek Minah.Tiada siapa yang dapat menggantikannya. Perlahan-lahan air matanya mengalir sebelum satu tangan menyeka kemaraan air matanya. Dia melihat empunya tangan itu iaitu Tiara, si gadis yang cantik dan berkuasa. Dia memimpin Sara pulang ke kediaman Cempaka dan menyuruh Sara bersedia untuk makan malam dan untuk Minggu Orientasi yang bermula malam ini. Sara akur akan arahan yang diberikan oleh Tiara.

Sekejap sahaja sudah kecoh satu batch tingakatan lima mengenai kehadiran pelajar-pelajar baru. Pelajar-pelajar perempuan sudah mula menyimpan angan-angan untuk mengambil adik angkat dikalangan junior lelaki yang jambu-jambu ala-ala korea.
 Haaaa, kpop uoullss.

Pelajar lelaki tidak kurang nakalnya juga mula menyimpan niat yang sama mencari-cari junior perempuan yang cantik. 
Huh gatalnya semua macam keladi.
 Kurang sedikit paras kegatalannya daripada miang buluh.

 Eah ,mana satu yang lebih gatal sebenarnya?
hmmmm....

Tiba-tiba dalam kelas 5 Delta  kecoh.
“Weh tadi aku nampak junior perempuan cun gila wei macam Emma Watsom” Jerit seorang pelajar lelaki yang tidak semena-mena menjadi perhatian ramai dengan berpuluh-puluh  pasang mata tertumpu kepadanya.
 Ramai yang bertanya mengenai pelajar tersebut daripada pelajar lelaki yang sering dipanggil dengan nama Tong.

“Aiseh, aku tak dapat tanya nama dia lagi tadi sebab....” Ayatnya tergantung.
“Sebab apa??” Tanya seseorang dari arah 87 darjah ke timur..
“Sebab The Great Tigress asyik berkepit dengan dia tadi” Jawab Tong

“Aduh..seram..”

“Mak kau takutnya aku”

“Tiara garang tu..Mmmmmm untunglah dia asyik buat kacau jer”

Kedengaran beberapa orang lagi bercakap-cakap sehingga keadaan kelas menjadi sedikit riuh rendah.
 Tiba-tiba...

“WOIIII... KORANG NI DAH KENAPA? MEMEKAK WAKTU-WAKTU PREP NI.. BELAJARLAH PREPARE UNTUK SPM..MENGANGGU ORANG BETUL KORANG NI..” 

Kedengaran suara jeritan berskala tinggi menganggu ruang telinga pelajar kelas 5 Delta.
“Tiara The Great Tigress...” 
Teriak seorang pelajar yang terperanjat.

 Serentak daripada itu seisi kelas senyap sunyi bagai dilanda garuda. Semua orang takut melihat Tiara yang telah berdiri dihadapan kelas dengan matanya yang melilau liar ke setiap inci ruang kelas 5 Delta.
 Selepas beberapa ungkapan amaran, Tiara berlalu daripada kelas itu. Sempat juga matanya memandang sipi-sipi kearah ketuanya yang sedang terlena keletihan kerana dibeban tugas yang berat petang tadi.
 Nasib baik mereka telah membahagikan tugas agar segalanya menjadi lebih mudah. Malam ini gilirannya, besok giliran ketuanya pula. Tiara pun terus berlalu ke Dewan Utama sekolah untuk sesi pengenalan Minggu Orientasi Tingkatan 4 kepada pelajar-pelajar baharu yang baru sahaja mendaftar siang tadi.

Tiara The Great Tigress merupakan nama panggilan Tiara dalam kalangan pelajar sekolah tersebut. Gara-gara kegarangan dan ketegasannya yang terlebih-lebih dos. Masakan tidak, zaman-zaman dia baru menjadi pengawas semasa tingkatan 1 dahulu dia sudah mula menghidupkan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar, sehinggakan senior turut menjadi mangsa. 
Namun kerana kecomelannya yang lebih terserlah apabila sedang mengamuk, senior hanya akur dengan segala tindakannya.

 Begitulah sedikit sebanyak sejarah Tiara Imani Sulaiman.

Beria-ria Sara menganguk-angguk mendengar cerita daripada senior dorm mengenai Tiara yang baru dia kenali hari ini. Dia tidak menjangka bahawa Tiara yang kelihatan lembut itu garang juga orangnya. Tersenyum dia kerana lucu memikirkan perkara itu. Selepas itu mereka semua meneruskan perbualan bersama-sama. 
Dalam dorm yang memuatkan 28 orang itu , terdapat pelajar tingkatan satu hingga lima dan pelajar yang baharu mendaftar pada hari itu dan ditempatkan di dorm itu sebanyak 3 orang.

Senior yang baik-baik sahaja membuatkan Sara semakin selesa dengan tempat baharunya itu. Sara tidak sabar untuk memberitahu kepada neneknya mengenai pengalaman barunya kerana sepanjang tempoh tiga hari orientasi berlangsung, dia tidak dibenarkan membuat panggilan kepada sesiapa sahaja.

Jam menunjukkan pukul satu setengah pagi apabila sesi beramah mesra antara pelajar baharu dan lama dorm B104 berakhir.

 Selepas selesai membasuh kaki di tandas, Sara pun berkira-kira hendak tidur sebelum dia tiba-tiba teringat tiga pelajar lelaki yang ditemuinya semasa awal-awal ketibaannya di sekolah itu. 

Namun hatinya lebih tertarik kepada pelajar yang berdiri di tengah-tengah. Tenang dia melihat pelajar lelaki itu, Sara tahu bahawa pelajar itu juga sebahagian daripada Lembaga Pengawas Sekolah berdasarkan bajunya yang berwarna sama seperti Tiara.

 Mungkin esok dia dapat bertemu kembali dengan jejaka itu kerana besok terdapat sesi pengenalan bersama badan-badan tertinggi sekolah. Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan yang pasti yang paling ditunggu-tunggu sudah pasti Lembaga Pengawas Sekolah.

Sunday, 1 September 2013

Bab 1= TAWARAN



“Sara !!! Mari sini kejap nak!”
 perlahan suara wanita pertengahan umur itu menjerit cuba melawan bunyi angsa yang begitu bising di halaman rumah. Serentak daripada itu kedengaran lantai rumah papan itu bergegar menahan hentakan larian anak gadis berusia 16 tahun itu.

“Ya nek, ada apa? Soal gadis itu kehairanan.
 Matanya sempat menangkap bayang-bayang akhir Posmen di susur jalan keluar dari simpang ke rumah usang itu. Di tangan neneknya terdapat sepucuk surat ,tertulis namanya di atas surat itu.
                                         SARA DANIA BINTI MUHAMMAD AMIR

“Surat untuk Sara ni, ambillah!” Nek Minah bersuara sambil menghulur sepucuk surat dengan tangannya yang terketar-ketar. Perasaan curiga menguasai dirinya apabila mengambil surat tersebut, dengan bersaksikan satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup di dunia ini. Sara membuka surat itu , membaca dan selepas itu terdiam seribu bahasa. Nek Minah terasa hairan terhadap perubahan cucunya itu tidak lagi dapat menahan perasaan ingin tahunya lantas bertanyakan perkara sebenar tentang surat itu.

“Nek, Sara dapat peluang belajar di sekolah berasrama penuh dalam aliran sains tulen...” terang Sara yang tidak sempat lagi menyambung ayat seterusnya apabila Nek Minah menangis terharu kerana khabar berita yang tak disangka-sangka itu. Baginya itulah berita gembira buatnya selepas berpeluang menaiki pentas di sekolah Sara bagi mengambil sijil kecemerlangan Sara dalam Penilaian Menengah Rendah baru-baru ini.

Namun begitu ,tiba-tiba Sara bersuara dan menyatakan hasrat untuk tidak menerima tawaran tersebut dan hanya bersekolah di sekolah lamanya sahaja.Hasratnya dibantah bulat-bulat oleh neneknya kerana peluang baik itu tidak harus disia-siakan kerana itu anugerah daripada Allah kepadanya. Sara termenung jauh, banyak perkara yang difikirkannya. Kehidupan mereka bukannya senang, Nek Minah hanya menjaja Nasi Lemak setiap pagi , tatkala rakan seusianya sudah senang lenang bersama anak cucu namun dia terpaksa memerah kudrat yang ada untuk membela nasib cucunya yang kini bergelar anak yatim piatu. Berlinangan air mata Nek Minah mengenangkan pemergian anak tunggalnya dan menantu kesayangannya dalam tragedi ngeri ,sepuluh tahun lalu.

“Sara! Kalau pasal wang. Jangan kau risaukan, Pak Kamin begitu mengambil berat pasal pelajaran kau, awal-awal lagi dia dah datang berjumpa dengan nenek dan sanggup membiayai segala pembelanjaan kau jika kau berjaya pergi kemana-mana untuk menyambung pembelajaran. Terlihat sinar harapan di mata Sara tatkala mendengar kata-kata Nek Minah sebelum kembali pudar selepas melihat wajah yang banyak berjasa kepada dirinya itu.

“Tapi nenek bagaimana. Sara tak sanggup meninggalkan nenek keseorangan.” Jelas Sara dalam sedu sedannya.

 Tiba-tiba, Nek Minah bangun dan berlari ke halaman rumah dan melakukan larian setempat dan lompat bintang hampir mencecah bilangan sepuluh kali. Sara terkedu ,terkesima melihat telatah nenek yang cukup disayanginya itu. Sesi akrobatik Nek Minah itu berakhir dengan deraian ketawa dua beranak itu.

“Jangan Sara risaukan nenek. Nenek masih sihat dan boleh menjaga diri sendiri. Syukur kepada Allah kerana masih pinjamkan nenek dengan kekuatan. Pergilah Sara, disana peluang lebih cerah untuk kau nak...” Sambung Nek Minah lagi.

Akhirnya Sara akur dengan kata-kata neneknya itu dan berdoa dalam hati agar neneknya terus dilindungi Allah sepanjang ketiadaannya di kampung halamannya. Keesokan harinya pagi-pagi lagi , Pak Kamin telah datang ke rumah bersama-sama isterinya Mek Senah yang bengkak-bengkak matanya kerana menangis keterharuan dengan tawaran yang diterima oleh Sara. Sayu hatinya melihat wajah anak yatim piatu itu yang direntap kebahagiaannya namun diberikan rahmat dalam bentuk lain.
 Maha suci Allah ,tuhan sekalian alam.

Hari itu Sara dibawa ke pekan bersama-sama Nek Minah oleh Pak Kamin dan Mek Senah untuk membeli keperluan untuk ke sekolah barunya. Sara hanya mampu tersenyum melihat keterujaan Mek Senah memilih pakaian untuknya. Dia tidak pernah merasa meluat dengan sikap melebih-lebih Mek Senah kerana dia tahu yang Mek Senah sebenarnya sunyi tanpa kehadiran cahaya mata biarpun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Sara juga sudah putus akal memikirkan cara untuk membalas jasa kedua-dua orang yang cukup rapat dengan keluarganya dan sering membantu mereka meneruskan kehidupan di alam ciptaan Allah ini.
“Sara. Sara. Mari sini kejap! Teriak Mek Senah kegirangan.” Tangannya meliuk-liuk melambai.Sara berlari-lari anak menuju ke wanita yang berumur 40-an itu. Ditangan  wanita itu terdapat sepasang baju jubah moden berwarna putih yang begitu indah dipandang. Terpukau seketika gadis cantik itu melihat pakaian yang sering dilihatnya di kaca televisyen.
“Pergi cuba baju ni Sara! Mek nak lihat kamu pakai baju ni.” Mek Senah menolak Sara ke dalam bilik persalinan. Tiga minit kemudian Sara keluar dan Mek Senah hampir mahu pengsan melihat kecantikan Sara dalam persalinan itu. Apabila Sara menyerahkan kembali pakaian itu kepada petugas disitu, cepat-cepat Mek Senah menyuruh petugas itu membawanya ke kaunter bayaran.

“Tapi Mek, mahal harganya” Bantah Sara apabila Mek Senah mahu membelikan pakaian itu untuknya. Namun Mek Senah buat-buat tak dengar dan terus berlalu pergi. Apabila Sara terus menyatakan bahawa dia tidak memerlukan baju itu. Mek Senah menjawab bahawa Sara akan memerlukan baju itu dalam majlis rasmi sekolah dan masa itu Sara boleh memakainya dan mencari buah hati yang kacak macam dalam televisyen. Ketika itu tangannya mencubit manja pipi Sara yang sudah kemerahan menahan malu. Mek Senah berlalu sambil ketawa mengekek-ngekek meninggalkan Sara yang masih tercengang-cengang.

“Buah hati kacak??... Awwwwwww.... I like.” Tiba-tiba hati Sara bersuara dengan kegedikan melampaui paras normal.
 Cepat-cepat dia mengurut-ngurut dadanya yang tiba-tiba terasa berdebar-debar disamping degupan jantungnya yang kini giat mengepam darah dengan kadar yang begitu pantas macam piston enjin kereta lumba. Vrrrommmmmm

Hari itu berakhir dengan makan malam di hujung pekan Tangkak, disebuah restoran yang sering menjadi sebutan penduduk setempat. Nek Minah dan Sara pada awalnya menolak secara baik kerana mereka segan untuk menjamu selera di tempat yang kelihatan mahal namun melihat kesungguhan Pak Kamin, mereka hanya menuruti kehendak orang yang banyak berjasa kepada dirinya itu.

Hari-hari selepas itu berlalu pantas dan kian menghampiri tarikh pendaftaran ke sekolah baru Sara yang terletak di Johor itu. Pada waktu pagi, di hari yang begitu bermakna buat Sara. Nek Minah berdoa panjang-panjang agar segalanya berjalan lancar dan supaya cucunya itu akan terus dirahmati Allah sepanjang keberadaannya di sekolah itu. Dia sungguh berharap agar Sara akan terus cemerlang dalam pelajarannya.
Kedengaran bunyi kenderaan masuk ke perkarangan rumah Nek Minah dan sudah pastinya milik Pak Kamin yang menjalankan perniagaan kedai runcit di tengah Pekan Tangkak yang kian membangun itu. Semua keperluan sudah diletakkan disudut tepi tangga utama. Tanpa banyak bicara Pak Kamin memindahkan kesemua barang tersebut ke dalam but kereta. Mek Senah pula terus mendaki anak-anak tangga untuk masuk ke rumah pusaka kepunyaan Nek Minah.

Kelihatan kedua-dua beranak itu sudah siap berpakaian dan sedia untuk memulakan perjalanan jauh mereka menuju ke salah sebuah sekolah menengah sains di Malaysia itu.Perjalanan jauh membuatkan Sara terlena dibuai mimpi sehingga dia terdengar sayup-sayup suara Nek Minah mengejutkannya daripada tidur. Kelihatan pintu masuk utama ke sekolah barunya itu. Sangat cantik dan kelihatan gah, hatinya terasa sungguh terharu dan bersyukur kerana berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah ini.

Perlahan-lahan Sara keluar daripada kereta Pak Kamin sebelum matanya terpaut kepada satu susuk tubuh berdiri berhampiran laluan menuju ke tempat pendaftaran. Segak berblazer dan diapit dua lagi jejaka berhampirannya. Mereka kelihatan menyambut kedatangan pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar pada hari ini. Sebelum sempat Pak Kamin pergi bertanya tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan menawar diri ingin membantu mereka menguruskan sesi pendaftaran.

“Wah…. Untunglah kau, awal-awal lagi ada junior dah terpikat dengan kau..hahaha” Kata Amar ,salah seorang daripada jejaka bertiga yang sebentar tadi diperhatikan oleh Sara. Pelajar yang ditengah-tengah  hanya terdiam dan melihat kearah yang ditunjukkan Amar sebentar tadi. Namun dia terlambat kerana Sara sudah pun berpaling mengikuti pelajar perempuan yang menawar diri membantu sebentar tadi.


“Wargh K.U hot, hahaha, untunglah ada peminat junior” Teriak Syaqir menambah rasa dalam sesi mengusik teman baiknya itu yang  hanya tersenyum melihat telatah mereka.

 Dia , Syaqir dan Amar, ketiga-tiganya merupakan kepimpinan tertinggi Lembaga Pengawas Sekolah yang diketuai olehnya sebagai Ketua Umum Sekolah, Amar sebagai Timbalan Ketua Umum Satu dan Syaqir pula menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Umum Dua.
 Trio jejaka ini sangat dikenali seantero sekolah sebelum mereka menjawat jawatan ini lagi. Walaupun tegas mereka sebenarnya mempunyai hati yang baik disamping paras wajah yang sangat comel ala-ala ahli one direction  yang terkenal itu.

*bersambung

Akhirnya.. Novel yang pertama....


Hahahaha, sebenarnya sebelum yang ini, ada 3 novel yang terdahulu, tetapi storyline nya terlampau berat...
yang ini telah diringankan..
Nak publishkan jadi sebuah buku, dana pula tiada,
diharapkan melalui blog ni, dapatlah maklum balas, sama ada layak ke jadi penulis aku ni...lol

Jadi terimalah



Surat Cinta Untuk
K.U
(KETUA UMUM)

KERANA CINTA BUKAN SEKADAR IMPIAN 



Ø SHAFIQ  AFENDI  BIN  AHMAD
Ø SARA  DANIA  BINTI  MUHAMMAD  AMIR
Ø NIK  MUHAMMAD  AMIN  BIN  MAZLAN


oleh : ANWAR ZAHARI





SURAT CINTA UNTUK
“K.U”
(SCUKU)

v  Mengenai seorang pelajar yang baru mendaftar masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh .Kegembiraan yang bertandang dihati tidak bertahan lama kerana laluannya kini penuh ranjau dan memeritkan tanpa sesiapa di sisi sebagai teman yang bisa merawat hati kerana statusnya yang dikatakan tidak setaraf.
Namun sekolah baru ini menjadi tempat dia mengenal erti cinta.Malang buatnya kerana cinta pertamanya ialah Ketua Umum Sekolah(K.U) yang sangat berpengaruh.
Dapatkah dia mendapatkan ‘K.U’ dan menangani sikap cemburu rakan-rakan yang tidak menyenangi dirinya yang disayangi guru-guru

Apakah ada ruang buatnya di hati K.U yang begitu baik kepadanya?

Nantikan penyelesaian cerita ini dalam Surat Cinta Untuk K.U

Ø Shafiq Afendi (K.U)
Ø Sara Dania
Ø Nik Muhammad Amin



Kerana cinta bukan sekadar impian