Shafiq
Afendi Bin Ahmad = Ketua Umum Sekolah.....
Sara mengelamun melihat buku catatannya.
Dia tidak sedar ada yang sedang menghampirinya. Perlahan-lahan pelajar itu
menghampiri Sara daripada belakang. Hatinya gusar melihat Sara yang kelihatan
diam membisu.
“Awak ok” suara itu menegur Sara.
Pantas Sara menoleh ke arah suara yang
menegurnya itu. Dia tersenyum melihat pelajar itu yang cukup dia kenali.
“Tiara,..Saya ok sahaja.Jangan risau
ya..hahahaha” balas Sara sambil ketawa.
Namun belum sempat pun Tiara membalas
jawapan Sara tersebut dan berbual lebih lama. Kedengaran suara memanggilnya dan
apabila dia menoleh dia melihat Syaqir sedang melambai-lambai kearahnya. Sambil
mengucapkan selamat tinggal kepada Sara , Tiara pun berlalu pergi.
Berlalunya Tiara daripada situ
diperhatikan sepasang mata. Hatinya berbisik, benarkah gadis yang ditegur Tiara
itu yang menjadi bualan ramai. "Itukah perempuan yang dia lihat di kawasan
tempat letak kereta semalam? "
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah gadis itu
yang dia tahu sebahagian daripada pelajar yang baru mendaftar ke sekolah itu.
Dia terlihat namanya tercatat di atas
salah sebuah muka di buku catatan pelajar itu sebaik sahaja dia sampai ke
tempat di mana pelajar itu sedang duduk sementara menanti agenda seterusnya
yang akan dikelolakan oleh Lembaga
Pengawas Sekolah.
Dia berkira-kira untuk menyusun kata untuk memulakan
perbualan dan tanpa diduga bibirnya sudah pun mengungkapkan kata-kata pertama, dialog pertama antara dia dan si dia.
“Cantiknya tulisan awak”
Ayat pertama
daripada Shafiq si Ketua Umum.
Sara terperanjat ,pantas menoleh kebelakang dan
segera menutup buku catatannya serta menyorokkan buku tersebut dibelakangnya.
Sara terpaku seketika apabila matanya bertentangan tepat dengan mata Shafiq.
Mukanya kemerahan.
“Eah, jangan takut. Saya bukan mahu
mengapa-apakan awak.” Jelas Shafiq sambil tersenyum untuk memulihkan keadaan.
Sara pula keputusan kata dan hanya tertunduk malu.
“Kalau saya suruh awak tulis nama saya
pada buku baru saya ini boleh?” Shafiq masih cuba untuk berbual-bual.
“Saya..Saya..Saya..” Sara tergagap-gagap
dan mukanya jauh lebih merah daripada sebelumnya. Ternyata dia malu kerana
Shafiq sempat melihat bahawa Sara menulis nama jejaka itu dalam buku catatan
miliknya.
Shafiq tersenyum dalam hati melihat
telatah Sara yang telah merah mukanya, Shafiq mengambil keputusan untuk tidak
lagi bergurau senda dan bertanya kepada Sara kenapa dia tidak pergi ke kantin
pada waktu rehat ini.
Mendengar alasan Sara yang dia sudah kenyang bersarapan
semasa di Dewan Makan Sekolah membuatkan jejaka itu berpuas hati dan meminta
diri dan meninggalkan Sara yang masih kaget.
Dia hanya melihat jejaka itu
berlalu pergi darinya.
Dia memerhati pemergian Shafiq sehingga si Ketua Umum
itu lenyap daripada pandangannya.
Dalam diam, Sara juga turut diperhatikan seseorang dengan hati yang tulus yang telah
jatuh hati kerana cinta pandang pertama.
Mata itu setia memerhatikan Sara sejak
hari pertama mereka bertemu, dia yakin bahawa Sara tidak lagi menyedari
kehadirannya dan dia perlu bertindak kerana dia yakin bahawa Sara akan menjadi
perhatian ramai arjuna dan sudah tentunya dia akan mendapat saingan,
lebih-lebih
lagi dia telah melihat saingan pertamanya baru sahaja berlalu.
Ya.. Saingan pertamanya ialah Shafiq Afendi Bin Ahmad, si Ketua Umum.
Mata Sara tidak lepas memandang Shafiq
yang menjadi tourist guide kumpulannya untuk mengenali kawasan sekolah.
Dia
kelihatan tenang dan sangat gentlemen ,segala sudut dirinya kelihatan sempurna
bagi seorang jejaka seusia dengannya.
Sara tidak menyedari bahawa perbuatannya
memerhatikan Shafiq turut diperhatikan sepasang mata yang kini asyik mengekori
kemana saja pergerakan Sara lantaran jatuh hati kepada gadis itu.
Shafiq terasa bagai satu perasaan aneh
menjalar keseluruh hatinya. Dia kadang-kadang kesal akan sikapnya yang
kelihatan terdesak untuk sentiasa melihat gadis baru itu hinggakan dia sanggup
bertukar tugas dengan anak buahnya dengan alasan anak buahnya itu sudah penat
seharian maka dia ingin menggantikannya.
Pandainya lidahnya berkata-kata, namun
hakikat tidak dapat disembunyikan, dia akui bahawa gadis itu sangat menarik
perhatiannya.
Namun statusnya sebagai Ketua Umum Sekolah tidak memungkinkan dia
untuk sentiasa dekat dengan gadis manis itu. Shafiq mengeluh berat, tergambar
kecewa pada raut wajahnya.
Dia terpaksa melupakan hasrat hatinya,
dia terpaksa melupakan perasaan yang dia rasa baru pertama kali datang secara
ikhlas tanpa digesa-gesa.
*bersambung
No comments:
Post a Comment