Friday, 18 October 2013

Bab 2 : KETUA UMUM SEKOLAH (sambungan)


Shafiq Afendi Bin Ahmad merupakan anak sulung daripada dua adik beradik.
 Dia sangat rapat dengan adiknya. Mamanya merupakan pemilik kepada sebuah butik yang mempunyai hampir 14 cawangan diseluruh Negara dan papanya menjalankan perniagaan import eksport yang berpangkalan di luar Negara.

 Sejak daripada kecil dia diajar untuk menjaga nama baik keluarga oleh kerana itu dia menjadi seorang yang berdisplin dan berkarisma tinggi.
Hatinya jarang ataupun boleh dikatakan tidak pernah disinggahi mana-mana wanita sekalipun biarpun hakikatnya ramai gadis-gadis tergila-gilakannya namun lain pula jadinya dengan kehadiran Sara.

“Aku mesti menafikan semua ini, aku yakin dia tidak sedikit pun merasai apa yang aku rasa.” Shafiq bermonolog sendirian dan ternyata dia sendiri tidak tahu bahawa Sara turut menaruh hati kepadanya.


Malam itu, akhirnya Sara berpeluang menghadiri kelas persediaan malam (prep) setelah minggu orientasi berakhir siang tadi.  Dia rasa gembira dengan suasana kelas yang begitu ceria dan teruja dengan susunan locker di belakang kelas. Terdapat lima orang pelajar baharu termasuk Sara yang akan menyertai anggota sedia ada 4 Epsilon sesi baru 2010 ini.

Sara diperkenalkan dengan Syabil Syamsudin yang merupakan ketua kelas 4 Epsilon. Semua orang memanggil dirinya black kerana kulitnya yang hitam manis dan dia tidak kisah dengan nama panggilan manja itu. Setelah mengambil tempat masing-masing, Sara dan empat orang yang lain kembali kehadapan kelas dan mula memperkenalkan diri masing-masing.

Tiga orang telah selesai dan tinggal dua orang lagi yang masih belum memperkenalkan diri. Sara memberi laluan kepada pelajar lelaki di sebelahnya memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

“Baiklah.. Assalamualaikum semua. Nama saya Nik Muhammad Amin bin Mazlan dan kalian boleh panggil saya dengan nama Nik, asal Negeri Sembilan, 4 orang adik beradik. Mak dan ayah saya membuka perusahaan sendiri dalam bidang pemprosesan tekstil.” Jejaka itu menerangkan latar belakangnya dengan begitu lancar.

Sara mara kehadapan selepas Black memberi isyarat kepadanya.perlahan-lahan dia membuka mulut berbicara.

“Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Nama saya Sara Dania Binti Muhammad Amir, saya berasal daripada Tangkak,Johor. Saya tinggal bersama-sama nenek saya dan saya anak tunggal”  Ringkas sahaja penerangan Sara sebelum kedengaran pertanyaan daripada seorang pelajar lelaki mengenai kedua orang tua Sara.

“Kedua ibubapa saya telah lama pergi menghadap ilahi ketika saya berumur enam tahun kerana kejadian tanah runtuh, kerana itu saya tinggal dengan nenek saya sehingga sekarang” Balas Sara tersenyum biarpun hatinya sebak dan ingin sekali menangis.

Belum sempat pelajar yang menimbulkan persoalan mengenai kedua ibubapa Sara meminta maaf, kedengaran suara yang mengjengkelkan bertanya dan selepas Sara memerhatikan sekeliling, dia akhirnya nampak empunya suara tersebut yang sedang memandangnya dengan penuh rasa bongkak.
“Maafkan saya boleh awak ulang kembali soalan anda?” Tanya Sara kembali. Sara lihat yang Black memberi isyarat kepada perempuan itu supaya tidak meneruskan niatnya namun tidak diendahkan.

“Ewww, geli lah saya awak,saya awak.. Ops, budak kampung kan...Aku tanya tadi, nenek kau kerja apa mampu pulak dia hantar kau yang yatim piatu ni pergi sekolah berasrama ni....”

“Sheila.. Please stop it!!” Seorang gadis yang Sara tahu bahawa dia penolong ketua kelas 4 Epsilon memberi arahan.

“Ish, kau diam je lah Mai.. Aku tanya budak kampung ni bukan kau” Pelajar perempuan yang bernama Sheila itu menuding jari ke arah Sara. 
Sara tersenyum lantas menjawab soalan yang terang-terang ditujukan untuk menghina Sara.

“Tidak mengapa Mai, saya akan jawab soalan Sheila. Buat pengetahuan semua, nenek saya bekerja menjual nasi lemak di kampung saya setiap pagi, dan dengan itulah dia menyara saya sejak pemergian kedua orang tua saya.Saya bangga mempunyai nenek sepertinya.” Balas Sara dan disambut oleh tepukan yang gemuruh. 

Tanpa Sara dan sesiapa pun sedar yang Shafiq berada di sebalik pintu belakang kelas 4 Epsilon dan secara tidak sengaja berada disitu sedangkan niat asalnya hendak meronda kawasan blok akademik tingkatan 4.

Sebak hatinya apabila mendengar penjelasan Sara sebentar tadi, baru sekarang dia tahu yang Sara bukanlah tergolong daripada orang berada, hanya gadis desa yang begitu optimis dalam kehidupannya. Shafiq tidak sedar bahawa sepasang mata telah sedar akan kehadirannya di situ dan mata itu juga yang memerhatikan dan menyaksikan perjumpaan pertama Sara dan Shafiq di Dewan Utama sekolah. Empunya mata itu ialah.....

“Eleh, jual nasi lemak je pun. Mesti hidup kau kais pagi makan pagi makan pagi kais petang makan petangkan. Kesian kau, hah ni mana kau nak cari duit nak makan kat kantin,takkan nak harapkan dewan makan je kot. Kalau kau takde duit jangan curi pulak, minta je,tu pun kalau ada orang nak bagi lah!” Sheila membalas dengan kata-kata yang cukup pedas memeranjatkan seluruh kelas.

Black terkejut.

Mai terkejut.

Nik terkejut.

Shafiq terkejut.

Sara bagaikan menerima impak yang kuat, dia seakan mahu rebah ke lantai.  Dia memandang muka Sheila yang sememangnya kejam ala-ala emak tiri Cinderella, macam pemaisuri jahat dalam cerita Snow White pun ada juga.  Shafiq berkira-kira ingin membantu Sara namun Nik lebih pantas bangun dan menuju ke arah Sara sambil membalas kata-kata Sheila.

“Manusia dekat dunia ni, semuanya ciptaan Allah. Segala apa yang kita ada pinjaman. Tak guna kalau muka sempurna cantik kalau hati dan budi bahasa lebih teruk dan hina daripada sampah. Biarlah cantik, berbudi bahasa pula biarpun tidak berharta yang penting indahnya pekerti.” Nik memandang Sara sebelum memandang hina Sheila yang sudah merah mukanya menahan pedih akibat balasan berbisa Nik.

 Seantero kelas diam seribu bahasa melihat drama sebabak itu.


Nik sempat mengerling sedikit ke arah Shafiq yang masih berada di posisi asalnya. Dia berpuas hati kerana dapat mendahului Shafiq untuk membela Sara, sememangnya sudah lama dia memerhatikan Sara sejak hari pertama dia terlihat Sara semasa hari pendaftaran tempoh hari.
 Telah lama dia memerhatikan Sara dan Shafiq dan Shafiq telah rasmi menjadi musuh no 1 nya dalam pertarungan merebut hati Sara.

No comments:

Post a Comment