Saturday, 2 November 2013

Bab 2, KETUA UMUM SEKOLAH (last)

Berang dengan tindakan Nik yang memalukannya Sheila cuba mengeruhkan keadaan sebelum Shafiq tiba-tiba muncul seakan-akan dia sedang membuat tinjauan seperti kebiasaan.

Sheila lantas tersenyum-senyum ibarat terjumpa putera hati dan perkara itu membuat Shafiq terasa meluat di dalam hati namun dia terus berlagak tenang dan berkelakuan seperti biasa.


Dia melewati meja Sara yang masih terdiam gara-gara kata-kata Sheila, dia berasa sungguh terkejut sehinggakan terpaksa dipimpin oleh Mai untuk kembali ke mejanya. Ingin sekali hatinya ingin menegur Sara namun untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Shafiq terus berlalu.

 Nik memerhatikan setiap pergerakan Shafiq dari awal sampai akhir.

Shafiq melangkah dengan berat hati selepas meninggalkan pesan kepada Black supaya lebih tegas dalam mengawal kelas supaya tidak terlalu bising dan menggangu pelajar lain membuat ulang kaji pelajaran. 

Black mengangguk-angguk tanda faham biarpun hatinya panas dengan Sheila kerana semua ini puncanya seorang.

“Kau ni memang tak senang duduk selagi satu kelas tak kena denda sebab mengganggu perjalanan prep malam eah Sheila” Getus Black dalam nada ketidakpuasan hatinya.

 Sheila hanya mencebik masam dan menjulingkan matanya keatas.

“Rolling her eyes konon..huh!!” Black bermonolog dalam hati. 

Dia sebenarnya risau dengan keadaan Sara yang seakan menerima tamparan hebat dengan kata-kata penuh bisa Sheila, namun rasa risaunya kian surut melihat Sara sedang berbual dengan Mai, kadang-kadang perbualan itu terselit dengan senyuman dan tawa.

 Mai memang seorang penolong yang baik dan manis orangnya. 
Hati Black berbicara lagi tanpa dia sedari, lantas dia tersenyum.

Sheila bertambah meluat melihat semua orang menyebelahi Sara yang dia akui lebih cantik daripadanya biarpun tiada secalit pun make-up di wajah gadis itu. Semua itu menjadikan Sheila ingin memusuhi Sara yang baginya hanya gadis kampung yang miskin dan tak mampu bersaing dengannya.

Nik pula tersenyum sendirian melihat kekecewaan yang jelas terlukis di wajah Ketua Umum yang disegani ramai itu, sememangnya dia berjaya menghalang kemaraan Shafiq dalam merebut tempat di hati Sara. Gadis istimewa yang bertakhta di hatinya. Sememangnya Nik tidak akan mengalah selagi dia tidak dapat menambat hati Sara dan seterusnya menjadikannya suri hatinya kelak.

Lain pula dengan Sara, hatinya remuk bagaikan kaca terhempas di batu, retak seribu pabila berhadapan dengan kata nista Sheila yang tidak tahu awal akhirnya tiba-tiba memusuhi Sara dan seakan-akan ingin mengisytiharkan peperangan antara mereka dengan sengaja menghina Sara secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai. 

Biarpun begitu Sara hanya mampu berdoa agar dirinya terus diberikan kekuatan oleh Allah yang maha Kuasa supaya dapat bertahan dengan permainan Sheila yang seakan-akan lebih hebat lagi selepas ini.

Semua orang bermain-main dengan perasaan masing-masing. Ada yang merencanakan kebahagiaan, ada yang merencanakan rancangan jahat lagi hina dengan niat untuk membalas dendam, ada yang memikirkan kehidupan pada hari-hari mendatang.

Namun hakikatnya kita hanya mampu merancang dan hanya Allah yang mampu melaksanakan dan menjadikan impian kita satu realiti. Kita sebagai hambanya tidak akan terlepas daripada lumrah kehidupan yang sememangnya di bawah kekuasaan Allah.

Malam itu, Shafiq termenung sendirian di atas katilnya mengenangkan kejadian yang dia saksikan secara tidak sengaja. Hatinya tiba-tiba kesal tidak dapat mempertahankan Sara yang begitu dahsyat dihina oleh Sheila.
 Bukannya Shafiq tidak tahu yang Sheila memang terkenal dengan sikapnya yang suka menghina sesiapa sahaja yang dianggap cuba mengatasi takhtanya sebagai salah seorang pelajar yang diminati ramai.
Angan-angan dia sahajalah, hanya dia yang beranggapan begitu kerana tiada siapa yang dapat membantahnya lantaran ayahnya merupakan YDP PIBG sekolah dan mempunyai pangkat tinggi dalam organisasi kerajaan disamping pangkat Datuk yang disandang oleh ayahnya membuatkan Sheila semakin bongkak.

Kenangan mengenai Sheila pudar dan berganti dengan wajah Sara yang begitu tenang jika dilihat dan tak jemu biarpun menatap wajahnya hingga seribu tahun pun.

Aduhai, sudah angau sudah  si arjuna seorang ini.

Namun Shafiq berbelah bahagi dengan statusnya dan perasaannya. Dia tahu yang dia tidak mungkin untuk bersama-sama dengan Sara sebagai pasangan kerana dia tertakhluk dengan peraturan sekolah yang tidak memungkinkan semua itu berlaku.

 Apa yang harus dia lakukan di saat dirinya tersepit dalam dua keputusan yang setiap satunya mempunyai kepentingan dalam hidupnya.

Mungkin Sara hanya untuk dirinya perhatikan dari jauh dan tidak mungkin dia dapat bersama, biarpun hatinya menginginkannya.
 


  SARA & SHAFIQ  in love.. :p



Tulis Shafiq dalam buku catatannya, namun
tiba – tiba dia teringatkan Majlis Watikah Perlantikannya sebagai Ketua Umum Sekolah awal tahun lalu.
 Dia perlu mematuhi semua peraturan agar menjadi contoh tauladan kepada seisi sekolah. Dia perlu melakukannya biarpun terpaksa mengorbankan rasa hatinya.


Begitulah dia yang terpaksa berperang dengan kehendaknya sendiri.Perlahan-lahan dia menconteng kembali coretan hatinya yang tercoret dalam buku catatannya dan menyimpan kembali ke dalam beg. 

Shafiq tidur dengan hati yang lara. Hujan turun membasahi bumi seakan memahami isi hati si Ketua Umum yang bisa memimpin 521 orang pelajar namun tak mampu memimpin hatinya untuk membuat keputusan buat hatinya.


 SARA & SHAFIQ  in love.. :p

No comments:

Post a Comment