Hari-hari
mendatang seakan kelam bagi Sara kerana hidupnya bagai diselubungi kebencian
Sheila yang tak pernah padam kerana dirinya tidak lagi menjadi nombor satu
dalam kelas 4 Epsilon,
Jika dahulu dialah ratu namun kini dia bagaikan kutu,
Jika dulu dia intan permata kini dia kaca di jalanan yang melukakan.
Saban hari Sara hanya memendamkan rasa hatinya dengan kerenah Sheila yang
keterlaluan dan gadis cantik itu tidak pernah menceritakan episod luka
kehidupannya di sekolah barunya kepada sesiapapun termasuklah ke Nek Minah
kerana dia tidak mahu neneknya berasa sedih kerananya.
Namun hati seorang tua
yang telah menjaga kita sejak kecil dapat merasainya juga meskipun kita
berselindung di sebalik apa pun.
“Sara
ok di sana, kalau ada apa-apa masalah beritahu nenek. Jangan Sara simpan seorang
diri!” Ayat pertama keluar daripada mulut Nek Minah ketika cucunya itu
menelefonnya.
“Sara
ok sahaja disini nenek. Sara happy sangat duduk kat sekolah ni..” Balas Sara
cuba menyakinkan neneknya biarpun hakikatnya pada saat itu air matanya sudah
mengalir membasahi pipi.
Namun belum sempat mengalir ke pipi,tangan Sara
cepat-cepat menyeka biar air mata itu hanya berhenti di situ, namun angkatan
divisi kedua air matanya tak mampu lagi disekat, tersedu-sedu dia di telefon
awam yang terletak agak tersorok disebalik rimbunan pokok berhampiran dengan
tangga menuju ke padang.
Nik
santai berjalan dengan busur panahnya menuju ke padang sekolah. Nik sememangnya
sudah lama berkecimpung dalam sukan memanah sejak tingkatan satu lagi, dan dia
merupakan pemanah harapan sekolah dan beberapa kali tercalon dalam skuad negeri
bagi SUKMA. Matanya yang melilau-lilau tanpa sebarang fokus kini memusat padu
kehadapan.
Ya.
Dia terlihat Sara yang sedang menangis sambil menggunakan telefon. Nik berasa
hairan kerana sudah sebulan sejak hari pertama mereka berjumpa namun dia tidak
pernah melihat ekspresi sedih daripada raut wajah gadis yang sering dia pandang
saban hari tanpa jemu dan semuanya kerana cinta
dalam hati.
Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri Sara yang masih
menggunakan telefon ,setia mendengar amanat neneknya yang dikasihi.
Biarpun
sudah hampir 3 meter jarak antara mereka namun Sara masih tidak menyedari
kedatangan Nik di situ. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon dan
mendekatkan dahinya ke telefon awam , terus menghabiskan sisa-sisa akhir
tangisannya sambil otaknya memusingkan kembali apa yang telah disampaikan
neneknya.
“Sara,
Sara harus kuat sayang. Sara harapan nenek, Sara seorang yang nenek ada. Semua
ini untuk kesenangan Sara pada masa depan,walau apa pun yang terjadi tetap
kehadapan Sara jangan menoleh kembali kebelakang.” Kata Nek Minah sebentar tadi
yang masih lagi yang masih terngiang-ngiang lagi di telinga Sara.
Nik
yang kini berdiri dibelakang Sara berasa sayu melihat cinta hatinya menangis
sendirian. Ingin sekali dia menegur Sara namun takut gadis manis itu akan terperanjat.
Lima
minit berlalu dan setiap saat itu Sara gunakan untuk menjana kembali
kekuatannya untuk menghadapi hari-hari mendatang dan selama itu juga Nik setia
menanti dibelakang gadis itu.
Sara
menoleh kebelakang pada saat Nik melangkah sedikit kehadapan, serentak
pergerakan mereka sehingga semuanya menjadi sekata. Disaat mata Nik bertaut
pada mata Sara, jejaka tampan berdarah kacukan cina-melayu itu terasa bagai ada
arus mengalir keseluruh pancainderanya terutamanya jajahan jantungnya bagai
mendapat lebihan cas lantas mengepam laju daripada kadar biasa.
Sara
terdiam dan berfikir apakah rakan sekelasnya itu mendengar segala perbualannya
dan menyaksikan bagaimana dia menangisi perjalanan hidupnya di sini?
Nik
terdiam dan terfikir apakah anggapan rakan sekelasnya itu di saat dia menyedari
kehadirannya tanpa diundang dan mendengar dan melihat tangisannya?
Masing-masing
terdiam seribu bahasa menanti siapakah yang akan berbicara dahulu.
“Maafkan
saya” Sara berkata dan cuba berlalu daripada situ sebelum Nik pula bersuara
memanggil Sara dengan harapan gadis manis itu akan berhenti.
Harapannya tidak tinggal mati apabila gadis itu berhenti namun gadis yang masih merah matanya itu hanya
membisu.
“Sara,
kalau awak ada apa-apa masalah. Saya sentiasa ada untuk mendengar masalah awak.
Saya tak kan pernah dedahkan kepada sesiapa. Saya simpan kat perut saya ni.”
Tutur Nik sambil menepuk-nepuk perutnya yang pejal lagi berotot itu.
Sara
diam membisu. Perkataan yang lahir daripada mulut Nik membuktikan bahawa dia
memang mendengar sedikit-sebanyak derita hati Sara melalui perbualannya di
telefon sebentar tadi.
Akhirnya Sara tersenyum melihat telatah lucu Nik yang
mencuit hatinya.
“Terima
kasih Nik, saya ok” Sara membalas dan sekali lagi dia berpaling dan berlalu
dari situ.
“Sara
, nanti sekejap” Nik sekali lagi memberhentikan Sara dan apabila Sara
berpaling,dia lihat tangan jejaka itu berada di dalam poket seluar sukannya
mencari akan sesuatu.
“Nah,
untuk awak. It will help you, trust me.” Nik berkata sambil menghulurkan
sebungkus coklat Cadbury kepada Sara.
Sara
pada mulanya rasa ragu-ragu untuk menerima pemberian Nik namun melihat akan
kesungguhannya, Sara akhirnya akur.
Dia mengambil coklat itu, menghadiahkan senyuman
yang Nik anggap paling manis sekali dan berlalu pergi.
Nik
tersenyum sendirian mengenangkan memori yang baru tercipta dan tidak mungkin
terhapus daripada kenangannya.
Senyuman Sara Dania Binti Muhammad Amir sentiasa
bertakhta di hati.
Namun,
di sebalik kebahagiaan ada mata yang memandang penuh benci atas kejadian yang
berlaku antara Sara dan Nik. Niatnya untuk turun berlatih bersama pasukan
sekolah terbatal kerana peristiwa tak disangka.
Sara
Dania Binti Muhammad Amir kini menjadi seterunya kerana jejaka yang bernama Nik
Muhammad Amin Bin Mazlan.
Si empunya mata itu bergegas mencari seseorang yang
pasti akan bergabung tenaga untuk membalas dendam kepada Sara.
Sara harus diberi pengajaran.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment