Fokus Sara semakin lama semakin tinggi
apabila giliran Lembaga Pengawas Sekolah memperkenalkan fungsi mereka dan
ahli-ahli kepimpinan tertinggi.
Beberapa orang berlalu , masih tidak kelihatan orang yang dinanti.
Kelihatan Tiara
mendekati podium dan bercakap mengenai jawatannya di sekolah dan Sara kedengaran
beberapa pelajar di belakangnya menyebut The Great Tigress secara
berbisik-bisik.
Sara hanya tersenyum mendengarnya.
Hampir kesemua pengawas
diatas pentas sudah menyatakan pangkat mereka dalam Lembaga Pengawas Sekolah
dan kini fokus Sara sedang terganggu kerana tiada kelibat jejaka yang dia lihat
semalam, sehinggakan dia tidak mendengar apa yang Amar perkatakan.
Tiara menjangkakan bahawa Shafiq tidak dapat
hadir namun sangkaannya ternyata meleset kerana dia sudah pun melihat Shafiq
datang dari arah belakang melintasi laluan tengah diantara kawasan lelaki dan
perempuan.
Berjalan disebelah Sara lalu naik ke atas pentas dan mengambil
mikrofon.
Nama saya
Shafiq Afendi Bin Ahmad,
memegang jawatan sebagai Ketua
Umum Sekolah.
Sara terkesima seketika atas kejutan yang tak disangka-sangka.
No comments:
Post a Comment