“Sara !!! Mari sini kejap nak!”
perlahan suara wanita pertengahan umur itu menjerit cuba melawan bunyi angsa
yang begitu bising di halaman rumah. Serentak daripada itu kedengaran lantai
rumah papan itu bergegar menahan hentakan larian anak gadis berusia 16 tahun
itu.
“Ya nek, ada apa? Soal gadis itu
kehairanan.
Matanya sempat menangkap bayang-bayang akhir Posmen di susur jalan keluar
dari simpang ke rumah usang itu. Di tangan neneknya terdapat sepucuk surat
,tertulis namanya di atas surat itu.
SARA DANIA BINTI MUHAMMAD AMIR
“Surat untuk Sara ni, ambillah!”
Nek Minah bersuara sambil menghulur sepucuk surat dengan tangannya yang
terketar-ketar. Perasaan curiga menguasai dirinya apabila mengambil surat
tersebut, dengan bersaksikan satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup di
dunia ini. Sara membuka surat itu , membaca dan selepas itu terdiam seribu
bahasa. Nek Minah terasa hairan terhadap perubahan cucunya itu tidak lagi dapat
menahan perasaan ingin tahunya lantas bertanyakan perkara sebenar tentang surat
itu.
“Nek, Sara dapat peluang belajar
di sekolah berasrama penuh dalam aliran sains tulen...” terang Sara yang tidak
sempat lagi menyambung ayat seterusnya apabila Nek Minah menangis terharu
kerana khabar berita yang tak disangka-sangka itu. Baginya itulah berita
gembira buatnya selepas berpeluang menaiki pentas di sekolah Sara bagi
mengambil sijil kecemerlangan Sara dalam Penilaian Menengah Rendah baru-baru
ini.
Namun begitu ,tiba-tiba Sara
bersuara dan menyatakan hasrat untuk tidak menerima tawaran tersebut dan hanya
bersekolah di sekolah lamanya sahaja.Hasratnya dibantah bulat-bulat oleh
neneknya kerana peluang baik itu tidak harus disia-siakan kerana itu anugerah
daripada Allah kepadanya. Sara termenung jauh, banyak perkara yang
difikirkannya. Kehidupan mereka bukannya senang, Nek Minah hanya menjaja Nasi
Lemak setiap pagi , tatkala rakan seusianya sudah senang lenang bersama anak
cucu namun dia terpaksa memerah kudrat yang ada untuk membela nasib cucunya
yang kini bergelar anak yatim piatu. Berlinangan air mata Nek Minah
mengenangkan pemergian anak tunggalnya dan menantu kesayangannya dalam tragedi
ngeri ,sepuluh tahun lalu.
“Sara! Kalau pasal wang. Jangan
kau risaukan, Pak Kamin begitu mengambil berat pasal pelajaran kau, awal-awal
lagi dia dah datang berjumpa dengan nenek dan sanggup membiayai segala
pembelanjaan kau jika kau berjaya pergi kemana-mana untuk menyambung
pembelajaran. Terlihat sinar harapan di mata Sara tatkala mendengar kata-kata
Nek Minah sebelum kembali pudar selepas melihat wajah yang banyak berjasa
kepada dirinya itu.
“Tapi nenek bagaimana. Sara tak
sanggup meninggalkan nenek keseorangan.” Jelas Sara dalam sedu sedannya.
Tiba-tiba, Nek Minah bangun dan berlari ke halaman rumah dan melakukan larian
setempat dan lompat bintang hampir mencecah bilangan sepuluh kali. Sara terkedu
,terkesima melihat telatah nenek yang cukup disayanginya itu. Sesi akrobatik
Nek Minah itu berakhir dengan deraian ketawa dua beranak itu.
“Jangan Sara risaukan nenek.
Nenek masih sihat dan boleh menjaga diri sendiri. Syukur kepada Allah kerana
masih pinjamkan nenek dengan kekuatan. Pergilah Sara, disana peluang lebih
cerah untuk kau nak...” Sambung Nek Minah lagi.
Akhirnya Sara akur dengan
kata-kata neneknya itu dan berdoa dalam hati agar neneknya terus dilindungi
Allah sepanjang ketiadaannya di kampung halamannya. Keesokan harinya pagi-pagi
lagi , Pak Kamin telah datang ke rumah bersama-sama isterinya Mek Senah yang
bengkak-bengkak matanya kerana menangis keterharuan dengan tawaran yang
diterima oleh Sara. Sayu hatinya melihat wajah anak yatim piatu itu yang
direntap kebahagiaannya namun diberikan rahmat dalam bentuk lain.
Maha suci
Allah ,tuhan sekalian alam.
Hari itu Sara dibawa ke pekan
bersama-sama Nek Minah oleh Pak Kamin dan Mek Senah untuk membeli keperluan
untuk ke sekolah barunya. Sara hanya mampu tersenyum melihat keterujaan Mek
Senah memilih pakaian untuknya. Dia tidak pernah merasa meluat dengan sikap
melebih-lebih Mek Senah kerana dia tahu yang Mek Senah sebenarnya sunyi tanpa
kehadiran cahaya mata biarpun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga,
Sara juga sudah putus akal memikirkan cara untuk membalas jasa kedua-dua orang
yang cukup rapat dengan keluarganya dan sering membantu mereka meneruskan
kehidupan di alam ciptaan Allah ini.
“Sara. Sara. Mari sini kejap!
Teriak Mek Senah kegirangan.” Tangannya meliuk-liuk melambai.Sara
berlari-lari anak menuju ke wanita yang berumur 40-an itu. Ditangan wanita itu terdapat sepasang baju jubah moden
berwarna putih yang begitu indah dipandang. Terpukau seketika gadis cantik itu
melihat pakaian yang sering dilihatnya di kaca televisyen.
“Pergi cuba baju ni Sara! Mek nak
lihat kamu pakai baju ni.” Mek Senah menolak Sara ke dalam bilik persalinan.
Tiga minit kemudian Sara keluar dan Mek Senah hampir mahu pengsan melihat
kecantikan Sara dalam persalinan itu. Apabila Sara menyerahkan kembali pakaian
itu kepada petugas disitu, cepat-cepat Mek Senah menyuruh petugas itu
membawanya ke kaunter bayaran.
“Tapi Mek, mahal harganya” Bantah
Sara apabila Mek Senah mahu membelikan pakaian itu untuknya. Namun Mek Senah
buat-buat tak dengar dan terus berlalu pergi. Apabila Sara terus menyatakan
bahawa dia tidak memerlukan baju itu. Mek Senah menjawab bahawa Sara akan
memerlukan baju itu dalam majlis rasmi sekolah dan masa itu Sara boleh
memakainya dan mencari buah hati yang kacak macam dalam televisyen. Ketika itu
tangannya mencubit manja pipi Sara yang sudah kemerahan menahan malu. Mek Senah
berlalu sambil ketawa mengekek-ngekek meninggalkan Sara yang masih
tercengang-cengang.
“Buah hati kacak??...
Awwwwwww.... I like.” Tiba-tiba hati Sara bersuara dengan kegedikan melampaui
paras normal.
Cepat-cepat dia mengurut-ngurut dadanya yang tiba-tiba terasa
berdebar-debar disamping degupan jantungnya yang kini giat mengepam darah
dengan kadar yang begitu pantas macam piston enjin kereta lumba. Vrrrommmmmm
Hari itu berakhir dengan makan
malam di hujung pekan Tangkak, disebuah restoran yang sering menjadi sebutan
penduduk setempat. Nek Minah dan Sara pada awalnya menolak secara baik kerana
mereka segan untuk menjamu selera di tempat yang kelihatan mahal namun melihat
kesungguhan Pak Kamin, mereka hanya menuruti kehendak orang yang banyak berjasa
kepada dirinya itu.
Hari-hari selepas itu berlalu
pantas dan kian menghampiri tarikh pendaftaran ke sekolah baru Sara yang
terletak di Johor itu. Pada waktu pagi, di hari yang begitu bermakna buat Sara.
Nek Minah berdoa panjang-panjang agar segalanya berjalan lancar dan supaya
cucunya itu akan terus dirahmati Allah sepanjang keberadaannya di sekolah itu.
Dia sungguh berharap agar Sara akan terus cemerlang dalam pelajarannya.
Kedengaran bunyi kenderaan masuk
ke perkarangan rumah Nek Minah dan sudah pastinya milik Pak Kamin yang
menjalankan perniagaan kedai runcit di tengah Pekan Tangkak yang kian membangun
itu. Semua keperluan sudah diletakkan disudut tepi tangga utama. Tanpa banyak
bicara Pak Kamin memindahkan kesemua barang tersebut ke dalam but kereta. Mek
Senah pula terus mendaki anak-anak tangga untuk masuk ke rumah pusaka kepunyaan
Nek Minah.
Kelihatan kedua-dua beranak itu
sudah siap berpakaian dan sedia untuk memulakan perjalanan jauh mereka menuju
ke salah sebuah sekolah menengah sains di Malaysia itu.Perjalanan jauh
membuatkan Sara terlena dibuai mimpi sehingga dia terdengar sayup-sayup suara
Nek Minah mengejutkannya daripada tidur. Kelihatan pintu masuk utama ke sekolah
barunya itu. Sangat cantik dan kelihatan gah, hatinya terasa sungguh terharu
dan bersyukur kerana berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah ini.
Perlahan-lahan Sara keluar
daripada kereta Pak Kamin sebelum matanya terpaut kepada satu susuk tubuh
berdiri berhampiran laluan menuju ke tempat pendaftaran. Segak berblazer dan
diapit dua lagi jejaka berhampirannya. Mereka kelihatan menyambut kedatangan
pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar pada hari ini. Sebelum sempat Pak
Kamin pergi bertanya tiba-tiba datang seorang pelajar perempuan menawar diri
ingin membantu mereka menguruskan sesi pendaftaran.
“Wah…. Untunglah kau, awal-awal
lagi ada junior dah terpikat dengan kau..hahaha” Kata Amar ,salah seorang
daripada jejaka bertiga yang sebentar tadi diperhatikan oleh Sara. Pelajar yang
ditengah-tengah hanya terdiam dan
melihat kearah yang ditunjukkan Amar sebentar tadi. Namun dia terlambat kerana
Sara sudah pun berpaling mengikuti pelajar perempuan yang menawar diri membantu
sebentar tadi.
“Wargh K.U hot, hahaha, untunglah
ada peminat junior” Teriak Syaqir menambah rasa dalam sesi mengusik teman
baiknya itu yang hanya tersenyum melihat
telatah mereka.
Dia , Syaqir dan Amar, ketiga-tiganya merupakan kepimpinan
tertinggi Lembaga Pengawas Sekolah yang diketuai olehnya sebagai Ketua Umum
Sekolah, Amar sebagai Timbalan Ketua Umum Satu dan Syaqir pula menggalas
jawatan sebagai Timbalan Ketua Umum Dua.
Trio jejaka ini sangat dikenali
seantero sekolah sebelum mereka menjawat jawatan ini lagi. Walaupun tegas
mereka sebenarnya mempunyai hati yang baik disamping paras wajah yang sangat
comel ala-ala ahli one direction yang
terkenal itu.
*bersambung
No comments:
Post a Comment