Pagi itu Shafiq
membuka loker kelasnya seperti selalu dan seperti selalu pasti ada helaian
surat jatuh melayang ke lantai,
kebiasaannya Shafiq akan membuang kesemuanya
namun apabila dia mengutip surat-surat yang bertaburan atas lantai.
Sebaris
ayat menggamit pandangannya dengan tulisan yang seakan-akan pernah dia lihat
sebelum ini.
SURAT
UNTUK K.U.
Setelah membuang
surat-surat yang lain yang langsung tidak pernah menarik perhatiannya, Shafiq
duduk di tempatnya dan membaca satu-satunya surat yang berjaya membuatnya duduk
dan membaca dengan sepenuh perasaan, perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas itu
dan membacanya.
Asslamualaikum dan salam perkenalan.
Saudara Shafiq yang dihormati,
Maafkan saya jika dengan hadirnya sehelai kertas ini
diharapkan tidak menganggu hari-hari awak. Shafiq ,eloklah jika saya terus
kepada tujuan saya menulis dalam ruangan ini dan kini sedang dibaca oleh
awak.
Saya teringin mendekati dan mengenali awak dari dekat
sejak pertama kali bertemu awak tempoh hari dan sejak pertama kali awak tegur
saya.
Saya merasai kebaikan awak dan saya menghormati awak.
Moga-moga jalinan persahabatan dapat kita wujudkan antara
kita.
Terima kasih Shafiq :)
SARA
|
Shafiq mengeluh
berat setelah membaca surat itu, bagaimana cara untuk menerangkan keadaan
dirinya kepada Sara.
Tidak mungkin dia dapat mengaburi semua orang dan merapati
Sara.
“Maafkan Sara.
Maafkan saya kerana membuat awak ternanti-nanti, saya tak tahu bagaimana cara
untuk menyelesaikan semua ini.” Shafiq mengeluh sendirian dan surat daripada
Sara tadi dia sisipkan dalam buku catatannya, dia sisipkan dalam buku catatannya dan tidak membuang surat itu.
Istimewanya insan bernama Sara Dania Binti Muhammad Amir di hati Shafiq Afendi
Bin Ahmad.
Shafiq
melekapkan mukanya diatas meja memikirkan tentang apa kesudahan antara Sara dan
dirinya, dia akui bahawa Sara sangat istimewa dan dia telah jatuh cinta
pandangan pertama.
Sukar untuknya melupakan cinta pertamanya ini.
“Shafiq. Shafiq.
Kau ok ke tidak?” kedengaran suara yang
intonasinya jelas sekali cemas singgah ke ruang pendengaran Shafiq.
Berat
sekali dia ingin mendongak dan melihat kepada empunya suara tersebut kerana dia
kenal benar dengan suara tersebut dan sudah pasti Shafiq tidak mahu Tiara
melihat dia dalam keadaan kusut begitu.
“Aku ok lah
Tiara. Jangan risau. Bagi aku lagi lima minit.” Shafiq membalas tetapi suaranya
mendatar sahaja.
Tiara berasa
sangat risau kerana selama ini Shafiq tidak pernah berkelakuan begitu. Ya dia
sangat pasti kerana dia selalu memerhatikan Shafiq selama ini, pemerhati setia
kerana dalam diam dia meminati Shafiq namun perasaan itu hanya dipendam.
Bagi
Tiara ,tidak mungkin Shafiq dapat menerima perempuan yang ganas sepertinya
lebih-lebih lagi Shafiq yang tenang dan sangat penyabar itu begitu ramai
peminat yang tertawan dengan kekacakannya.
Tiara
melenyapkan kenangan lalunya dan berlalu daripada meja Shafiq dan berlalu ke
tapak perhimpunan untuk persediaan bagi perhimpunan harian.
Shafiq bangun,
mengambil sapu tangan di poket belakang dan mengelap mukanya, sebelum satu
tepukan keras singgah di belakangnya.
“Woi, Amar.
Sakit kau tahu tak.” Shafiq yang sememangnya sudah kenal siapa punya angkara
berpusing dan menumbuk perut Amar yang tidak sempat mengelak kerana refleks
Shafiq yang pantas itu.
“Adoi, nasib
baik aku ada six pack sebagai shield aku. Hahaha.” Amar melawak lagi dan
diikuti dengan deraian tawa oleh Shafiq.
“Mulalah nak
perasan tu. Aku tunjuk aku punya kejap lagi tengok siapa menang.” Shafiq
membalas dan masing-masing kembali dengan deraian tawa.
Usai dengan gurauan
pagi itu,mereka berlalu ke tapak perhimpunan dan bersedia dengan tugas harian
mereka.
Pagi itu Tiara
yang menjadi pengerusi majlis dan kelihatan dari jauh Sheila dan Nad berjalan ala-ala Tyra Bank biarpun mereka
sudah lambat.
Berbara hati Tiara dengan karenah dua orang pelajar yang sering
kali menimbulkan masalah kepada sekolah.
“Pssstttt, Nad.
Are you ready for our mission?” Sheila berbisik kepada Nad selepas mereka dapat
melepasi pengawas yang ingin mencatit nama mereka kerana lewat ke perhimpunan
dengan alasan pergi ke tandas.
“Yup.. I dah
berlatih dua jam berturut-turut semalam sayang.” Nad membalas dengan nada yang
cukup meyakinkan Sheila.
Mereka berdua mara kehadapan dengan niat yang buruk dan
sudah pastinya mereka ingin mengenakan Sara yang dimindanya kini hanya fokus
kepada sang arjuna cinta.
Tiba-tiba Sara
dilanggar keras dan terdorong kehadapan ,hampir jatuh namun nasib
menyebelahinya apabila dia berjaya mengawal posisi kakinya agar tidak tersilap
langkah dan terjatuh.
Apabila dia menoleh, dia terlihat Sheila dan Nad sedang
memandangnya dengan penuh rasa amarah.
“Kau ni memang
sengajakan, tak guna punya perempuan. Menyemak je kau ni.” Sheila bercakap
dengan nada yang menjengkelkan.
“Tapi Sheila
,sayakan tengah beratur tadi.”Sara menjawab namun dipintas oleh Nad.
“Sudah la kau,
menjawab pandai.Tak guna bercakap dengan perempuan kampung macam kau. Tepi
sikit kitaorang nak lalu!” Nad menunjukkan belangnya dan menolak Sara ke tepi
kemudian dia dan Sheila berlalu untuk berbaris di hadapan.
Sara hanya
berdiam diri dia tahu dia tak mampu melawan Sheila dan Nad kerana mereka semua anak-anak
orang berada dan sudah biasa dimanjakan maka tidak peliklah jika mereka
berperangai sedemikian rupa.
Sara kembali
menumpukan perhatian pada pentas perhimpunan. Tiara meminta semua pelajar dan
guru berdiri dan bersedia untuk nyanyian lagu negeri dan Negaraku.
Kini
pandangan Sara beralih kepada Shafiq yang berdiri diatas pentas diapit oleh
Amar dan Syakir.
“Sekolah.Sekolah
sedia.” Shafiq mengungkapkan bait-bait arahan yang biasa
dilakukan olehnya sejak awal tahun dahulu dan sememangnya warisan daripada
Ketua-ketua Umum yang terdahulu.Sara memerhati dengan penuh perasaan, perasaan
yang penuh dengan cinta. Cinta pada K.U
Nik memandang
Sara. Dia lihat gadis itu sedang asyik memandang kehadapan dan sudah pasti
dipenghujung pandangannya sudah pasti si Ketua Umum Sekolah, Shafiq.
Nik
mengetapkan bibirnya kerana geram,takut-takut segala impiannya tidak kesampaian
kelak.
Dia tahu yang Sara menyukai Shafiq yang setahun lebih tua daripada usia
mereka berdua daripada lirik pandangan mata gadis itu apabila melihat jejaka
yang bergelar ketua umum itu.
No comments:
Post a Comment