Lain
pula situasi yang berlaku kepada Sheila dan Nad, mereka tidak sabar melihat
Sara dimalukan apabila pelajar-pelajar lain membaca apa yang mereka tampal
dibelakang gadis kampung itu.
Namun
riak muka mereka berubah apabila seorang pengawas junior datang ke arah Sara.
Mereka berasa yang rancangan mereka bakal gagal dan sememangnya itu yang akan
berlaku kerana Allah itu maha adil.
Sara
menoleh kebelakang apabila dia berasa ada sentuhan kecil dibelakangnya apabila
bajunya seakan-akan tertarik ke belakang. Apabila dia menoleh ,dia lihat
seorang gadis kecil berbaju biru dengan sehelai kertas.
“Kakak,
ada orang tampal ni kat belakang kakak. Tapi saya dah tolong tanggalkan kerana
saya rasa kakak tidak perasan tentang kehadirannya.” Tutur gadis itu lembut
sambil menghulurkan kertas yang pada mulanya berada dalam pegangannya.
Sara menyambut
kertas itu.
“Kakak,
mahu saya laporkan pada cikgu?” Soal gadis itu lagi.
“Tidak
mengapa, terima kasih kerana tolong kakak. Mungkin kawan-kawan kakak ingin
bergurau.” Sara membalas sambil tersenyum dan perbualan mereka terhenti selepas
pengawas muda itu berlalu pergi.
Nik
dan Shafiq, masing-masing memerhatikan perbualan itu daripada jauh.
Masing-masing juga berasa teruja untuk mengetahui isi kandungan kertas yang
diterima Sara daripada pengawas muda itu.
Mereka berdua juga berasa sungguh
bahagia melihat Sara menguntumkan senyuman sebentar tadi. Nik dan Shafiq,
masing-masing hanyut dalam imaginasi.
Imaginasi ciptaan, dengan Sara sebagai
watak utama.
Sheila
dan Nad menyumpah-nyumpah pengawas tingkatan dua itu kerana mengagalkan
rancangan mereka untuk memalukan Sara.
Bertambah lagi perasaan benci mereka
kepada Sara kerana gadis kampung itu sentiasa dibantu oleh orang yang berada
disekelilingnya.
Saya perempuan kampung yang gatal!!!!!
Saya suka mencari lelaki untuk hiburan kerana
cita-cita saya adalah pelayan lelaki kelas pertama.
Saya layan semua jenis, harap maklum!!!
|
Sara
memandang helaian kertas yang diberikan oleh gadis pengawas tadi. Mujur dia
yang terakhir dalam barisan kelasnya maka tiada siapa yang melihat apa yang
ditulis pada kertas itu.
Sara terkejut melihat isi kandungan kertas tersebut
yang terang-terang menghinanya.
Tiada
apa yang mampu Sara ungkapkan apabila melihat bait-bait ayat yang ditulis
menggunakan marker dan mampu dibaca biarpun seseorang itu rabun sekalipun.
Dia
tahu siapa yang punya angkara, perlahan-lahan dia memandang Sheila dan Nad yang
berada selang tiga baris dihadapan.
Sara tahu ini semua kerja kedua pelajar itu
namun siapalah Sara untuk melawan mereka, kertas di tangannya itu dikeronyokkan
dan disimpan dalam poket.
Tanpa sesiapa sedari, setitik demi setitik air mata
Sara jatuh membasahi tapak perhimpunan sekolah.
No comments:
Post a Comment