Tuesday, 10 September 2013

Bab 1: Tawaran (sambungan)



      
          Nama:  Sara Dania Binti Muhammad Amir
          Kelas:   4 Epsilon
          Kediaman : Cempaka/ B104
          No. Pendaftaran: 045     

Sara telah mendapat tag nama selepas pendaftaran selesai. Melalui warna tag itu, Sara tahu yang dia bakal mendiami kediaman Cempaka yang bertemakan warna biru, kediamannya berpasangan dengan kediaman Lekir yang turut bertemakan warna biru namun bezanya Lekir menempatkan pelajar lelaki.

 Sara juga mengetahui bahawa pelajar perempuan yang menawarkan dirinya untuk membantunya tadi ialah salah seorang Lembaga Pengawas Sekolah malah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas Wanita. Sara amat kagum melihat pelajar bernama Tiara Imani itu. Sudahlah cantik, berjawatan tinggi pula,kelihatan sempurna hidupnya.

Setelah selesai urusan pendaftaran dan pengurusan kediaman, Pak Kamin, Nek Minah dan Mek Senah pun sudah mahu beransur pulang kerana perjalanan yang bakal mereka tempuh untuk pulang bukanlah dekat memakan masa berjam-jam juga.

 Berat hati Sara melepaskan tiga insan yang banyak berjasa dalam hidupnya terutamanya Nek Minah satu-satunya darah dagingnya di dunia ini. Lama-lama dia merangkul tubuh tua Nek Minah sehingga basah baju orang tua itu dengan air mata.

 Suasana sungguh hening, Nek Minah menasihati Sara supaya terus belajar dan tidak leka dalam khayalan dunia. Panjang lebar nasihat Nek Minah kepada cucunya yang tercinta. Mek Senah sudah sedu sedan menumpang sedih atas bahu Pak Kamin. Pak Kamin sudah merah matanya menahan sedih akan perpisahan dua beranak yang telah dikenalinya bertahun lama.

Tiara yang masih disitu menangis hiba di dalam hati melihat adegan sebabak yang cukup untuk menerbitkan air mata. Dia tahu bahawa Sara seorang anak yatim piatu dan wanita tua dihadapannya itu adalah satu-satunya keluarga Sara yang masih hidup. Segala maklumat itu diberitahu oleh Mek Senah yang turut berpesan kepada Tiara supaya sentiasa menjaga Sara bagi pihaknya selama Sara belajar disana.

Tangan Sara melambai-lambai ke arah kereta yang bergerak keluar daripada perkarangan sekolah. Dia terasa hiba meninggalkan Nek Minah yang sanggup membelanya selepas kematian ayah dan ibunya akibat kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kediamannya.

 Walaupun hidup mereka sederhana sahaja tetapi mereka sangat bahagia. Sara juga kadang-kadang keliru kemana hilangnya duit insurans kedua orang tuanya dan syarikat yang diusahakan ayahnya, namun Nek Minah menyatakan syarikat itu telah diambil alih oleh rakan bapanya yang telah lama mengidamkan tempat ayahnya sebagai pemilik syarikat. Sara tidak kisah akan semua itu,kerana dia tahu harta bukan segala-galanya.

 Hanya Nek Minah hartanya yang paling berharga dan jauh lebih berharga daripada emas permata kerana hilangnya Nek Minah.Tiada siapa yang dapat menggantikannya. Perlahan-lahan air matanya mengalir sebelum satu tangan menyeka kemaraan air matanya. Dia melihat empunya tangan itu iaitu Tiara, si gadis yang cantik dan berkuasa. Dia memimpin Sara pulang ke kediaman Cempaka dan menyuruh Sara bersedia untuk makan malam dan untuk Minggu Orientasi yang bermula malam ini. Sara akur akan arahan yang diberikan oleh Tiara.

Sekejap sahaja sudah kecoh satu batch tingakatan lima mengenai kehadiran pelajar-pelajar baru. Pelajar-pelajar perempuan sudah mula menyimpan angan-angan untuk mengambil adik angkat dikalangan junior lelaki yang jambu-jambu ala-ala korea.
 Haaaa, kpop uoullss.

Pelajar lelaki tidak kurang nakalnya juga mula menyimpan niat yang sama mencari-cari junior perempuan yang cantik. 
Huh gatalnya semua macam keladi.
 Kurang sedikit paras kegatalannya daripada miang buluh.

 Eah ,mana satu yang lebih gatal sebenarnya?
hmmmm....

Tiba-tiba dalam kelas 5 Delta  kecoh.
“Weh tadi aku nampak junior perempuan cun gila wei macam Emma Watsom” Jerit seorang pelajar lelaki yang tidak semena-mena menjadi perhatian ramai dengan berpuluh-puluh  pasang mata tertumpu kepadanya.
 Ramai yang bertanya mengenai pelajar tersebut daripada pelajar lelaki yang sering dipanggil dengan nama Tong.

“Aiseh, aku tak dapat tanya nama dia lagi tadi sebab....” Ayatnya tergantung.
“Sebab apa??” Tanya seseorang dari arah 87 darjah ke timur..
“Sebab The Great Tigress asyik berkepit dengan dia tadi” Jawab Tong

“Aduh..seram..”

“Mak kau takutnya aku”

“Tiara garang tu..Mmmmmm untunglah dia asyik buat kacau jer”

Kedengaran beberapa orang lagi bercakap-cakap sehingga keadaan kelas menjadi sedikit riuh rendah.
 Tiba-tiba...

“WOIIII... KORANG NI DAH KENAPA? MEMEKAK WAKTU-WAKTU PREP NI.. BELAJARLAH PREPARE UNTUK SPM..MENGANGGU ORANG BETUL KORANG NI..” 

Kedengaran suara jeritan berskala tinggi menganggu ruang telinga pelajar kelas 5 Delta.
“Tiara The Great Tigress...” 
Teriak seorang pelajar yang terperanjat.

 Serentak daripada itu seisi kelas senyap sunyi bagai dilanda garuda. Semua orang takut melihat Tiara yang telah berdiri dihadapan kelas dengan matanya yang melilau liar ke setiap inci ruang kelas 5 Delta.
 Selepas beberapa ungkapan amaran, Tiara berlalu daripada kelas itu. Sempat juga matanya memandang sipi-sipi kearah ketuanya yang sedang terlena keletihan kerana dibeban tugas yang berat petang tadi.
 Nasib baik mereka telah membahagikan tugas agar segalanya menjadi lebih mudah. Malam ini gilirannya, besok giliran ketuanya pula. Tiara pun terus berlalu ke Dewan Utama sekolah untuk sesi pengenalan Minggu Orientasi Tingkatan 4 kepada pelajar-pelajar baharu yang baru sahaja mendaftar siang tadi.

Tiara The Great Tigress merupakan nama panggilan Tiara dalam kalangan pelajar sekolah tersebut. Gara-gara kegarangan dan ketegasannya yang terlebih-lebih dos. Masakan tidak, zaman-zaman dia baru menjadi pengawas semasa tingkatan 1 dahulu dia sudah mula menghidupkan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar, sehinggakan senior turut menjadi mangsa. 
Namun kerana kecomelannya yang lebih terserlah apabila sedang mengamuk, senior hanya akur dengan segala tindakannya.

 Begitulah sedikit sebanyak sejarah Tiara Imani Sulaiman.

Beria-ria Sara menganguk-angguk mendengar cerita daripada senior dorm mengenai Tiara yang baru dia kenali hari ini. Dia tidak menjangka bahawa Tiara yang kelihatan lembut itu garang juga orangnya. Tersenyum dia kerana lucu memikirkan perkara itu. Selepas itu mereka semua meneruskan perbualan bersama-sama. 
Dalam dorm yang memuatkan 28 orang itu , terdapat pelajar tingkatan satu hingga lima dan pelajar yang baharu mendaftar pada hari itu dan ditempatkan di dorm itu sebanyak 3 orang.

Senior yang baik-baik sahaja membuatkan Sara semakin selesa dengan tempat baharunya itu. Sara tidak sabar untuk memberitahu kepada neneknya mengenai pengalaman barunya kerana sepanjang tempoh tiga hari orientasi berlangsung, dia tidak dibenarkan membuat panggilan kepada sesiapa sahaja.

Jam menunjukkan pukul satu setengah pagi apabila sesi beramah mesra antara pelajar baharu dan lama dorm B104 berakhir.

 Selepas selesai membasuh kaki di tandas, Sara pun berkira-kira hendak tidur sebelum dia tiba-tiba teringat tiga pelajar lelaki yang ditemuinya semasa awal-awal ketibaannya di sekolah itu. 

Namun hatinya lebih tertarik kepada pelajar yang berdiri di tengah-tengah. Tenang dia melihat pelajar lelaki itu, Sara tahu bahawa pelajar itu juga sebahagian daripada Lembaga Pengawas Sekolah berdasarkan bajunya yang berwarna sama seperti Tiara.

 Mungkin esok dia dapat bertemu kembali dengan jejaka itu kerana besok terdapat sesi pengenalan bersama badan-badan tertinggi sekolah. Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan yang pasti yang paling ditunggu-tunggu sudah pasti Lembaga Pengawas Sekolah.

4 comments:

  1. Great work buddy. you should totally progress more on your artistic side. Cannot imagine how you make it interesting by seeping in your past + imagination. Should, add more twist and reversal to make it more interesting.

    btw, nie Alang, classmate kau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, terima kasih yobbb... teruskan baca cerita aku.. :p

      Delete
  2. but there's no more continuation of that story..is there ??
    sad as it is (I mean you, for not writing more).. keep on going..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sambungannya, panjang lagi cerita ni, dah siap dah separuh, cuma update sikit-sikit setiap minggu... hahahaha, akan terus menulis, selagi diberi keizinan oleh Nya

      Delete